Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK DUNIA

Messi bakal pulang ke Barcelona?

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



MADRID: "Segalanya adalah satu kemungkinan". Demikian menurut pengulas bola sepak Sepanyol, Guillem Balague, mengenai masa depan bintang Argentina, Lionel Messi.



Menurut Belague, kapten Argentina itu telah menerima tawaran dari Arab Saudi dan liga bola sepak professional (MLS) di Amerika Syarikat.



Malah kelab lama Messi, Barcelona, juga telah menyatakan keinginan mereka meskipun tiada tawaran rasmi yang dikemukakan.



Messi telah mencapai persetujuan secara prinsip untuk melanjutkan kontraknya dengan Paris St-Germain untuk setahun lagi, dengan keutamaannya ialah untuk terus bermain dalam liga elit Eropah sekurang-kurangnya sehingga pertandingan Copa America 2024.



MESSI HARUS YAKIN PSG MAMPU KEKAL KOMPETITIF



Balague berkata, pemain berusia 35 tahun itu, perlu diyakinkan bahawa kelab Perancis itu akan kekal kompetitif dalam pertandingan di Eropah, setelah pengarah bola sepak kelab tersebut, Luis Campos, diarahkan untuk mengurangkan jumlah perbelanjaan gaji pemain sebagai mematuhi peraturan kewangan atau Financial Fair Play Eropah.



"Messi telah menyatakan bahawa beliau akan kekal di PSG untuk setahun lagi, namun beliau harus yakin bahawa kelab itu akan kekal kompetitif.



"Bagi Messi, PSG telah memberi jaminan bahawa terma kontraknya tidak akan berubah, namun kelab itu perlu mengambil langkah-langkah lain untuk mengurangkan bil gaji mereka, dan ini mungkin akan menyebabkan mereka kurang kompetitif.



"Seperkara lagi yang tidak jelas ialah sama ada pengurus (Christophe Galtier) akan kekal bersama PSG dan jika iya, siapa yang akan menggantikannya.



Sudah ada desas-desus yang pasukan PSG musim depan mungkin berbeza dengan sehingga lima pemain bergaji besar meninggalkan kelab tersebut," ujar beliau.



TEKANAN KE ATAS PEMILIK PSG



Berlatarbelakangkan perkara tersebut, beberapa kelab di seluruh dunia telah meningkatkan usaha mereka untuk meyakinkan Messi menyertai pasukan mereka.



"Tekanan ke atas pemilik Qatar (pemilik PSG) adalah besar. Mereka tidak faham mengapa ada kelewatan sedangkan perjanjian sudah dipersetujui. Tapi Messi sudah pun menekankan, wang bukan satu-satu isunya," kata Balague lagi.



PSG mendahului Ligue 1 dengan enam mata, namun percubaan mereka buat kali ke-11 untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah musnah setelah tewas di tangan Bayern Munich dalam pusingan kalah mati.



MUNGKINKAH MESSI PULANG KE BARCA?



Messi, yang terpaksa meninggalkan Barcelona atau sebab kewangan pada 2021, menjadi sasaran kumpulan kecil penyokong PSG apabila pasukan itu tewas buat kali ke-tujuh menentang Lyon baru-baru ini.



Ini menyusuli berita minggu lalu, bahawa Barcelona telah berhubung dengan Messi mengenai kemungkinan kembali ke kelab Sepanyol itu.



Jorge Messi, bapa Lionel dan juga ejen beliau, telah mengadakan pertemuan dengan presiden Barcelona, Joan Laporta.



"Tema utama perbincangan mereka ialah bagaimana Barcelona boleh menarik minat Messi untuk kembali," kata Balague.



"Penting dalam proses ini ialah Xavi (pengurus Barca) yang mempunyai hubungan rapat dan kerap berbual dengan Messi.



"Xavi sering menekankan bagaimana Barca memerlukan pemain seperti Messi, dan bagaimana formasi yang ingin beliau perkenalkan kepada pasukannya sepadan dengan kebolehan dan peringkat kerjaya Messi sekarang," ujar beliau lagi.



Dua tahun lalu, Messi bersetuju menerima potongan gaji untuk kekal bersama Barca namun tawaran tersebut ditarik balik kelab itu pada saat-saat akhir, sekali gus melabuhkan tirai kerjaya Messi bersama



Barcelona yang telah melihat beliau memenangi empat trofi Liga Juara-Juara Eropah, 10 kejuaraan La Liga dan enam anugerah Ballons d'Or.



Kini, dua tahun kemudian, Barcelona masih lagi berdepan masalah kewangan. Kelab itu harus mengurangkan jumlah gaji yang dibayar kepada pemain sebanyak hampir $300 juta.



"Jadi bagaimana mereka boleh tiba-tiba mampu mendapatkan khidmat Messi? Dan jika benar mereka mampu, mengapa belum dimulakan sebarang perbincangan? Perkara ini masih menjadi tanda tanya besar," kata Balague lagi.



"Saya fikir, Barca sedang menanti perkembangan di Paris.



"Sekiranya Messi tidak dapat diyakinkan, mereka akan memberi tawaran yang agak rendah kepada Messi, tapi menjanjikan beliau Barcelona akan terus kekal kompetitif di Eropah dan memberi beliau peluang untuk 'pulang'," tambahnya. - Agensi berita




... bagaimana mereka (Barcelona) boleh tiba-tiba mampu mendapatkan khidmat Messi? Dan jika benar mereka mampu, mengapa belum dimulakan sebarang perbincangan? Perkara ini masih menjadi tanda tanya besar. Saya fikir, Barca sedang menanti perkembangan di Paris.



Sekiranya Messi tidak dapat diyakinkan, mereka akan memberi tawaran yang agak rendah kepada Messi, tapi menjanjikan beliau Barcelona akan terus kekal kompetitif di Eropah dan memberi beliau peluang untuk 'pulang.''



- Guillem Balague, pengulas bola sepak Sepanyol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >