Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA

Messi cemerlang bawa Argentina ke separuh akhir

Dec 11, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Lionel Messi menambah derita Belanda berikutan penyingkiran Piala Dunia mereka selepas mengkritik pasukan Louis van Gaal atas gaya permainan langsungnya dalam kemenangan suku akhir yang penuh drama dan sengit awal pagi semalam (waktu Singapura).



Messi cemerlang membantu Nahuel Molina menjaring gol pembukaan Argentina dalam babak pertama, dengan membuat hantaran cantik untuk menembusi pertahanan Belanda, sebelum secara tenang menyempurnakan penalti pada minit ke-73 setelah Denzel Dumfries mengasari Marcos Acuna.



Belanda jarang mengancam benteng Argentina sepanjang perlawanan. Namun, tandukan pemain gantian Wout Weghorst menyalakan semula peluang Belanda dan beliau sekali lagi membolosi gawang penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez, buat kali kedua dalam waktu kecederaan untuk membawa perlawanan ke masa tambahan.



Messi, yang seterusnya menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti, tidak terkesan dengan pendekatan Van Gaal.



"Van Gaal kata bahawa mereka bermain bola sepak baik, tetapi apa yang beliau lakukan adalah menurunkan pemain tinggi dan membuat hantaran lintang ke dalam kotak penalti," ujar Messi.



"Saya tidak mahu bercakap tentang pengadil sebab anda tidak boleh bercakap jujur. Sekiranya saya bercakap, mereka akan mengenakan larangan terhadap anda.



"Fifa perlu memikirkannya. Mereka tidak boleh membariskan pengadil seperti itu untuk perlawanan sebegini. Mereka tidak boleh menurunkan pengadil yang tidak berupaya mengendalikan tugasnya."



Selepas menjaringkan penalti dalam perlawanan, Messi meletakkan tangannya di telinga sambil memandang ke arah bangku simpanan Belanda seakan memberi isyarat kepada Van Gaal bahawa beliau 'bercakap terlalu banyak' di penghujung perlawanan.



Reaksi mengejek itu mencetuskan pertembungan dengan Van Gaal, yang memberitahu akhbar Belanda, NOS: "Messi sememangnya pemain paling berbahaya yang mencipta banyak peluang jaringan untuk pemain lain dan juga untuk dirinya sendiri.



"Tetapi, sebaliknya, beliau kurang beraksi menentang lawan apabila beliau memiliki bola. Di situ juga terletaknya peluang kami."



Messi juga percaya semangat legenda Diego Maradona mendorong Argentina menjulang Piala Dunia.



Maradona, yang meninggal dunia pada usia 60 tahun pada November 2020, mengetuai Argentina menjulang Piala Dunia pada 1986.



"Diego melihat kami beraksi dari syurga. Beliau mendorong kami dan saya benar-benar berharap ia kekal seperti ini hingga ke akhir kejohanan," kata Messi.



Argentina seterusnya akan berdepan Croatia, yang menewaskan Brazil, di peringkat separuh akhir awal pagi Rabu untuk menempah tempat di final.



Messi meraikan kemenangan di hadapan penyokong Argentina, dengan harapan memperoleh hadiah terbesar bola sepak pada percubaan kelimanya.



"Argentina adalah antara empat pasukan yang terbaik di dunia kerana mereka menunjukkan bahawa mereka tahu cara bermain setiap perlawanan dengan keinginan yang sama dan intensiti yang sama," tambah pemain berusia 35 tahun itu.



"Kami rasa sangat gembira. Kami tidak patut membawa perlawanan ke masa tambahan atau penalti, tetapi kami terpaksa menderita. Bagaimanapun, kami berjaya melaluinya dan ia mengagumkan." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >