Topik diikuti
Pergi ke BHkuMessi cemerlang pimpin Argentina ke pusingan kedua
1 of 3
Jun 28, 2018 | 5:30 AM
Messi cemerlang pimpin Argentina ke pusingan kedua
ST PETERSBURG: Argentina dan Lionel Messi melangkah ke pusingan kalah mati Piala Dunia selepas gol kemenangan yang dihasilkan pemain pertahanan, Marcos Rojo pada minit ke-86 membolehkan mereka menang 2-1 ke atas Nigeria, awal pagi semalam.
Skuad juara dua kali itu akan menentang Perancis di kelompok 16 terakhir manakala Croatia yang layak selaku juara Kumpulan D selepas mengalahkan Iceland 2-1, akan bertemu Denmark.