Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LA LIGA (LIGA SEPANYOL)

Barca kembali juara! Tapi apakah mampu kekal hebat jadi tanda tanya

Messi dan Gundogan diramal 'tiba' ke Barca
May 21, 2023 | 05:30 AM



SEPANYOL: Barcelona meraih kejuaraan La Liga pertama mereka sejak 2019 pada Ahad dengan kemenangan semasa pertemuan dengan Espanyol.



Namun bagi pasukan yang baru menyamai rekod abad ke-21 dengan menjadi juara meskipun mempunyai empat baki perlawanan lagi, ia merupakan kempen yang kurang memberangsangkan dan dengan masa depan yang tidak pasti, banyak persoalan yang timbul.



Barcelona menyambut kejuaraan mereka dengan persoalan seperti "apa yang akan berlaku selanjutnya?".



Salah satu sebab di sebalik Barcelona menjadi juara adalah jentera pertahanannya.



Mereka telah memenangi 11 perlawanan dengan jaringan 1-0 dan 13 gol membolosi pintu gawang mereka.



Kecemerlangan jentera pertahanan pasukan itu menyusuli perubahan yang dibuat, dengan pemain muda Alex Balde menggantikan Jordi Alba di bahagian kiri pertahanan.



Mereka turut dapatkan pemain pertahanan sebelah kanan, Jules Kounde, serta pemain pertahanan tengah Andreas Christensen yang bermain cemerlang.



Bahagian pertahanan dilengkapi penjaga gawang, Marc-Andre ter Stegen.



Berikut antara dilema yang dihadapi jurulatih pasukan, Xavi, dan presiden kelab, Joan Laporta, dalam beberapa bulan mendatang.



Di bahagian midfield, kapten pasukan itu, Sergio Busquets, telah memgumumkan bahawa beliau akan meninggalkan kelab tersebut.



Hal ini pasti membuat Xavi berada dalam dilema.



Difahamkan kapten Manchester City, Ilkay Gundogan, telah dikaitkan dengan Barcelona sebagai pengganti Busquet.



Sekiranya benar, maka kehadirannya dijangka mengukuhkan bahagian midfield kelab itu di samping pemain lain seperti Frenkie De Jong, Pedri dan Gavi, selain pilihan tambahan seperti Sergi Roberto dan Franck Kessie.



Namun persoalannya bukan siapa, tapi bagaimana corak permainan posisi tersebut selepas ini.



Selain itu timbul juga persoalan sekiranya penyerang hebat, Lionel Messi, akan pulang ke kelab tersebut.



Jika benar, adakah corak permainan Messi, 36 tahun sesuai dengan strategi yang diterapkan Xavi?



Dan sekiranya benar beliau kembali ke Barcelona, adakah beliau sesuai dipadankan dengan penyerang veteran, Rovert Lewandowski, yang dilihat mulai perlahan rentak permainannya sejak kebelakangan ini?



Satu lagi aspek adalah dari sudut kewangan kelab itu.



Sekiranya benar Messi ingin kembali, maka kelab itu mungkin perlu menjual beberapa pemain untuk mendapatkan khidmatnya.



Sementara itu, masa depan Barcelona menjadi tidak menentu dengan pengunduran pengarah bola sepak mereka, Mateu Alemany, yang dilaporkan menjadi tunggak di sebalik kontrak mendapatkan khidmat pemain baru serta penjualan pemain sepanjang dua musim lalu.



Alemany dilaporkan mempunyai pandangan berbeza daripada presiden kelab itu, Laporta, dari sudut strategi.



Buat masa ini masih belum ditentukan siapakah yang akan bertanggungjawab di sebalik proses "jual beli" pemain semasa musim panas kali ini.



Difhamkan bekas pemain berbakat mereka, Deco, calon terbaik menggantikan Alemany pada akhir Jun akan datang.



Bagi menyukarkan lagi keadaan, stadium Nou Camp kelab itu akan ditutup untuk tempoh setahun bagi pembangunan meluas.



Mungkinkah ini ia akan menjejas persembahan kelab tersebut pada musim akan datang? - Agensi berita.




DILEMA BARCELONA 



BAHAGIAN 'MIDFIELD': Kapten Barcelona, Sergio Busquets, akan meninggalkan kelab.



Difahamkan kapten Manchester City, Ilkay Gundogan, sebagai pengganti Busquet. Persoalannya bagaimana perubahan ini akan menjejas pasukan.



BAHAGIAN SERANGAN: Mungkinkah ketibaan Messi timbulkan masalah terhadap strategi pasukan?



MASALAH KEWANGAN: Masa depan Barcelona menjadi tidak menentu dengan pengunduran pengarah bola sepak mereka, Mateu Alemany, yang dilaporkan menjadi tunggak di sebalik kontrak mendapatkan khidmat pemain baru serta penjualan pemain sepanjang dua musim lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >