Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERANCIS

Messi diganti kerana masalah kecederaan: Pochettino

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Pengurus Paris St-Germain (PSG), Mauricio Pochettino, berkata beliau menggeluarkan Lionel Messi dari perlawanan dengan Lyon pada Ahad lalu kerana pemain itu mengalami kecederaan.



Messi, yang menyertai kelab itu dari Barcelona beberapa minggu lalu, kelihatan kurang senang hati selepas dikeluarkan, tetapi Pochettino berkata pemain itu mengalami kecederaan di lutut kiri.



Bintang berusia 34 tahun itu dijangka tidak menyertai pasukan yang bertandang ke Metz bagi perlawanan liga dan penglibatannya dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dengan Manchester City pada minggu depan kini menjadi tanda tanya.



Pochettino berkata beliau ternampak Messi melihat lututnya dan memutuskan untuk menggantikan pemain itu.



"Saya berpuas hati dengan cara beliau beraksi," ujar Pochettino, yang sebelum ini tidak menimbulkan tentang sebarang kecederaan yang dialami Messi dalam perlawanan itu.



"Leo telah beraksi dengan baik pada separuh masa pertama, cuma tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol. Beliau beraksi selama 76 minit dan selepas mengambil kira maklumat yang ada, kami memutuskan untuk menggantikannya," kata Pochettino.



"Tentu sekali saya faham keadaan yang berlaku ini dan saya terima apa sahaja perkara susulan yang berlaku," ujar beliau lagi, yang menambah keputusannya untuk menggantikan Messi itu memang dijangka menarik perhatian kerana pada ketika itu PSG sedang memburu gol kemenangan.



Namun, PSG tetap menewaskan Lyon 2-1 dalam perlawanan itu, yang ketiga disertai Messi selepas berpindah ke Paris.



Sebelum ini, masalah kecergasan dan tempoh perlawanan antarabangsa telah menyekat peluang Messi bermain di depan penyokong PSG. - Agensi berita.




"Leo telah beraksi dengan baik pada separuh masa pertama, cuma tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol. Beliau beraksi selama 76 minit dan selepas mengambil kira maklumat yang ada, kami memutuskan untuk menggantikannya... Tentu sekali saya faham keadaan yang berlaku ini dan saya terima apa sahaja perkara susulan yang berlaku."
- Pengurus PSG, Mauricio Pochettino.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >