Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK DUNIA

Messi ingin rangkul Liga Juara-Juara sekali lagi

Aug 13, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Lionel Messi berkata impiannya adalah untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah sekali lagi selepas diumumkan sebagai pemain Paris Saint-Germain, dan berkata beliau yakin pasukan itu boleh mencapai matlamat tersebut.



Messi, 34 tahun, telah memenangi trofi Liga Juara-Juara empat kali bersama Barcelona, yang terakhir pada 2015.



Sebaliknya, PSG masih memburu trofi pertama bagi pertandingan itu, selepas tewas kepada Bayern Munich dalam final 2020.



"Matlamat dan impian saya adalah sama... untuk memenangi Liga Juara-Juara sekali lagi," kata Messi.



Messi meninggalkan Barcelona - kelab yang disertainya pada usia 13 tahun - kerana kelab La Liga itu tidak mampu mengikat kontrak baru dengan beliau di bawah peraturan kewangan La Liga.



Beliau, yang dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak, telah menjaringkan 672 gol dalam 778 perlawanan bagi Barcelona, dan memenangi anugerah pemain terbaik dunia Ballon d'Or sebanyak enam kali.



Messi berkata beliau ghairah memulakan lembaran baru dalam kerjayanya di Paris, selepas mengharungi tempoh sukar meninggalkan Barcelona, di mana beliau memenangi 35 trofi utama.



"Tentu sekali perubahan itu adalah amat sukar," kata beliau, semasa bertemu wartawan di Parc des Princes.



"Namun saya rasa gembira di sini dan tidak sabar memulakan latihan."



"Matlamat saya pada masa ini hanya untuk memulakan latihan dan saya tidak sabar bertemu staf dan rakan sepasukan di padang untuk memulakan lembaran baru dalam hidup saya," kata Messi.



"Saya masih ingin memenangi segala-galanya, sebagaimana yang saya mahukan di awal kerjaya.



Itulah matlamat saya dan saya tahu tekad kelab ini untuk memenangi trofi juga. Sebab itu saya berpindah ke kelab ini."



Hakikatnya, hanya PSG, yang dibiayai pemilik kaya-raya dari Qatar, yang mampu membayar gaji Messi, yang dilaporkan mencecah 100 juta euro ($160 juta) setahun di Barcelona.



Langkah mendapatkan khidmat Messi ini - yang telah menandatangani kontrak dua tahun dengan pilihan melanjutkannya bagi tahun ketiga - mencadangkan impian dan komitmen kukuh bagi PSG untuk mendaki sehingga puncak bola sepak Eropah.



Selepas ia tewas kepada Manchester City di separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu, PSG, yang juga terpaksa melucutkan kejuaraan Ligue 1 kepada Lille musim lalu, telah memperkukuh pasukan dengan mendapatkan khidmat pemain mapan lain seperti Sergio Ramos dari Real Madrid dan Georginio Wijnaldum dari Liverpool.



Kededua pemain ini telah menjadi tunggak pasukan masing-masing semasa memenangi Liga Juara-Juara.



Messi akur, pasukan barunya mungkin perlu bertemu Barcelona dalam pertandingan itu dan berkata memasuki Nou Camp sebagai pemain lawan adalah satu perkara yang aneh.



"Barcelona diibaratkan sebagai rumah saya... saya telah tinggal di sana sejak saya kecil dan saya mempunyai banyak pengalaman manis di sana. Saya tidak tahu sama ada kita akan bertemu Barcelona, tetapi tentu sekali... saya akan berasa aneh jika terpaksa beraksi di sana dalam jersi pasukan lain," ujar beliau.



Kehadiran Messi di Paris bermakna PSG kini mempunyai barisan depan yang antara paling digeruni dalam bola sepak Eropah.



Messi dijangka bergandingan dengan Neymar, bekas rakan sepasukan di Barcelona, dan bintang Perancis Kylian Mbappe.



Presiden PSG Nasser Al-Khelaifi berkata beliau percaya kehadiran Messi akan mendesak Mbappe - yang kontraknya di PSG luput pada 2022 - untuk kekal di kelab itu.



"Beliau mahu pasukan yang kompetitif dan saya rasa kini kami memiliki pasukan yang paling kompetitif di dunia. Tiada alasan bagi beliau untuk meninggalkan kelab ini," kata Al-Khelaifi.



Ditanya mengenai sikap kelab itu berbelanja besar untuk membeli pemain bertaraf bintang, Al-Khelaifi berkata selain memberi tumpuan kepada perkara negatif sahaja, media juga perlu melaporkan faktor positif yang mengiringi Messi di kelab itu.



"(Jabatan) Kewangan kami berkata kami boleh mendapatkannya sebagai pemain. Kami telah mematuhi semua peraturan permainan kewangan adil dan kami akan sentiasa mematuhinya." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >