Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Messi kekal di Barca lima tahun lagi

Jul 16, 2021 | 05:30 AM



BARCELONA: Barcelona mencapai persetujuan bersyarat bersama Lionel Messi bagi memastikan pemain veteran Argentina itu kekal di kelab tersebut selama lima tahun lagi, namun dengan gajinya dikurangkan, menurut laporan media Sepanyol.



Messi awal bulan ini merangkul trofi utama antarabangsa bersama Argentina buat julung-julung kalinya apabila negara itu menewaskan Brazil untuk memenangi Copa America 2021.



"Beliau akan menandatangani kontrak lima musim dengan klausa pelepasan sekitar 600 juta euro ($961 juta)," lapor L'Esportiu.



"Pemain itu akan mengurangkan gajinya sebanyak 50 peratus. Kini bergantung pada mahkamah untuk menilai perjanjian itu dan memberi kelulusan.



"Apabila ia berlaku, perjanjian akan berjalan secara rasmi," lapor sebuah akhbar sukan berpangkalan di Madrid, Marca.



Menurut perjanjian itu, Messi, 34 tahun, akan menerima 20 juta euro sebagai gaji permulaan musim depan bersama kelab Catalan itu, yang beliau bantu memenangi 10 kejuaraan liga, termasuk empat mahkota Liga Juara-Juara.



Musim lalu, kelab itu melalui antara musim terburuknya apabila ia hanya memenangi Piala Raja Sepanyol dan tersingkir dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.



Messi pernah berkata beliau sedang menimbangkan meninggalkan Barca sebagai pemain bebas berdasarkan klausa kontraknya, tetapi kemudian bersetuju melengkapkan musim akhirnya di kelab itu selepas diugut bahawa perkara itu akan di bawa ke mahkamah.



Terdapat juga spekulasi Messi mungkin menandatangani kontrak dua tahun dan berpotensi menyertai Liga Bola Sepak Utama Amerika Syarikat.



Ada juga desas-desus beliau akan ke kelab Perancis Paris Saint-Germain (PSG), selepas sahabat dan bekas rakan sepasukannya di Barca, Neymar, berkata beliau berbesar hati untuk bergandingan semula dengan penyerang Argentina itu.



Sejak Joan Laporta mengambil alih jawatan sebagai presiden Barca, kelab itu sedang berusaha mengurangkan pembiayaan gaji pemain untuk memastikan Messi kekal bersama mereka, selain memastikan perbelanjaan mereka mematuhi peraturan kawalan kewangan ketat yang ditetapkan La Liga.



Ketua La Liga Javier Tebas minggu lalu berkata Barcelona mempunyai hutang tertunggak lebih satu juta euro.



Kontrak terakhir Messi, yang ditandatangani pada 2017, adalah yang paling lumayan dalam sukan dunia menurut akhbar El Mundo Januari lalu.



Kelab itu telah menjual beberapa pemainnya, seperti Junior Firpo, Jean-Clair Todibo dan Carles Alena, agar dapat membawa masuk pemain baru seperti Sergio Aguero, Memphis Depay dan Eric Garcia secara percuma. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >