Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI BOLA SEPAK

Messi lahir harapan jadi pengarah sukan Barca bila bersara

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Superstar Argentina, Lionel Messi, berkata beliau berminat untuk menyertai Barcelona semula dan mendukung jawatan sebagai pengarah sukan di masa depan.



Messi, 34 tahun, mengucapkan selamat tinggal yang penuh emosi kepada Nou Camp pada Ogos lalu, sejurus selepas beliau mengumumkan keputusan meninggalkan kelab itu untuk menyertai Paris Saint-Germain di Perancis. Beliau telah mendewasa di Barcelona dan mewakili kelab itu selama lebih 20 tahun.



Menurut Messi, walaupun beliau belum lagi berfikir tentang persaraan, beliau suka dengan idea menjadi pengarah sukan di masa depan.



"Saya tidak tahu sama ada saya akan menjadi pengarah sukan di Barcelona atau di tempat lain. Tapi, jika saya berpeluang, saya akan menyahut cabaran ini, semata-mata untuk memberi sumbangan."



Beliau berkata demikian semasa diwawancara oleh akhbar Sepanyol, Sport.



Messi, yang telah memenangi anugerah pemain terbaik dunia Balon d'Or sebanyak enam kali, berkata:



"Saya sentiasa berkata saya ingin membantu kelab itu (Barcelona). Jika boleh saya ingin membantu kelab itu terus membangun."



Beliau juga berkata telah membuat rancangan dengan keluarga untuk kembali tinggal di Barcelona, selepas kerjayanya sebagai pemain berakhir.



"Itulah yang dimahukan oleh isteri saya dan itu juga kehendak saya. Saya tidak tahu bila kontrak saya dengan PSG berakhir, tetapi saya sekeluarga akan kembali ke sana (Sepanyol)." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >