Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Messi masih kekal menyengat?

Jun 06, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Lionel Messi telah mencipta banyak sejarah manis di Wembley. Di situlah gelanggang Barcelona menewaskan Manchester United untuk memenangi Liga Juara-Juara pada 2011.



Messi menjadi pemain terbaik dalam perlawanan itu dan beliau sekali lagi dipilih pemain terbaik apabila kembali beraksi di stadium itu menentang Tottenham Hotspurs pada 2018 dalam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara.



Beliau menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-2, sementara dua percubaannya terkena tiang gawang, sekali gus membuat semua penonton dalam stadium itu kagum.



Tiga minggu sebelum hari jadinya yang ke-35, namun masih berpengaruh, Messi kembali ke Wembley Khamis lalu untuk membantu Argentina menang 3-0 ke atas Italy dalam perlawanan "Finalissima" - perlawanan antara juara Amerika Selatan dengan Eropah.



Kali ini Messi beraksi di Wembley dengan statusnya sebagai pemain terbaik dunia kian pudar.



Beliau tidak lagi menjadi antara pemain pilihan untuk merangkul anugerah Ballon d'Or (anugerah yang dianjurkan bola sepak Perancis yang diberikan setiap tahun bagi mengiktiraf pemain terbaik dunia) malah beliau sendiri akur penyerang Real Madrid dan Perancis, Karim Benzema, sebagai pemain yang layak menerima anugerah itu tahun ini.



Reputasinya juga kini terjejas dengan kritikan yang dilantunkan terhadapnya apabila beraksi untuk Paris Saint-Germain (PSG).



Setelah menjaringkan hanya enam gol liga sejak menyertai juara Ligue 1 itu, sukar untuk diakui sama ada Messi masih merupakan pemain terbaik dalam pasukannya, apatah lagi dunia.



Ini membuat ramai peminat bola sepak kini meragui pemain itu masih mampu memukau dengan kebolehan luar biasa apabila bola di kaki.



Messi mungkin masih boleh dianggap sebagai pemain elit tetapi bukanlah yang terbaik lagi, seperti dulu.



Malah tidak mengejutkan bahawa ramai ikon sukan memilih untuk bersara apabila mereka masih berada di atas.



Pemilik rekod dunia dan pemenang lapan pingat emas Olimpik Usain Bolt mengambil keputusan untuk bersara setelah beliau dikalahkan buat kali pertama dalam kejuaraan utama dalam masa sedekad.



Namun begitu, masih banyak yang boleh dinikmati apabila seorang legenda sukan terus beraksi.



Jelas, peminat yang hadir di Wembley untuk menyaksikan Messi pulang tanpa berasa kecewa.



ADAKAH MESSI MASIH SEHEBAT DULU?



Jika anda melihat di sebalik kekurangan gol dan reputasinya yang kian merosot, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Messi masih kekal sebagai pemain bola sepak yang luar biasa.



Lumrah dalam sukan, tidak semuanya akan 'menjadi' untuk atlet atau pemain.



Satu masa mereka akan menyerlah dan kadang-kala pula persembahan mereka hambar tidak seperti apa yang ramai jangkakan.



Begitu juga dengan pemain terbaik dunia seperti Messi - pasti terdapat kekurangan dalam persembahannya dengan usia beliau yang semakin meningkat.



Ia satu perkara yang tidak dapat dielakkan walaupun pemain itu sebelum ini pernah mencatatkan purata 35 gol liga setiap musim sepanjang 12 tahun terakhirnya di Barcelona.



Gaya Messi meloloskan diri daripada pemain telah lama pudar. Beliau masih mempunyai kemahiran untuk menggelecek pemain yang jauh lebih muda darinya, tetapi kini Messi tidak mampu melepaskan diri kerana tidak lagi pantas seperti dulu.



Jangkaan begitu tinggi apabila beliau tiba di Paris sehingga ramai yang tidak berpuas hati setiap kali beliau menyarung jersi kelab Perancis itu tidak kira apa yang beliau buat di padang.



Contohnya Messi kelihatan seperti hilang arah dalam perlawanan menentang Rennes dan diberi rating hanya empat daripada 10.



Bagaimanapun ini merupakan perlawanan di mana beliau mencipta banyak peluang untuk rakan sepasukannya. Meskipun begitu, ia tidak cukup untuk memuaskan hati para pengkritiknya.



Begitu jelas, kenangan manis bertahun lamanya ketika beliau di Barcelona membuatkan sukar untuk menilai dan membuat perbandingan bagi pemain yang tiada tandingannya.



Di sebalik kritikan ini, jika pemikiran terhadap Messi dapat diubah, mungkin ramai yang akan sedar bahawa 'maestro' bola sepak ini masih boleh menyumbang kepada pasukannya, seperti yang disaksikan di Wembley baru-baru ini.



Prestasi Messi dalam perlawanan menentang Italy itu menunjukkan bahawa Messi kekal sebagai salah seorang pemain terbaik.



MENIKMATI PERSEMBAHAN-PERSEMBAHAN TERAKHIR MESSI



Era penguasaan Messi dalam bola sepak kini berada di penghujungnya.



Sukan, tidak seperti pementasan teater, jarang menampilkan persembahan terbaik di penghujung.



Namun dengan Messi, mungkin pemain ini akan menunjukkan cebisan sentuhannya yang memukau buat kali terakhir.



Terdapat prospek bahawa pemain istimewa seperti Messi masih mampu membuat semua peminat pulang dari stadium dengan gembira.



Meskipun tidak sehebat dulu, nama Messi tetap disanjung ramai dan akan kekal sebagai seorang legenda bola sepak apabila beliau bersara.



Jadi, inilah masanya peminat menghargai setiap detik-detik ketika pemain itu beraksi di padang. - Agensi berita.




APA YANG MESSI CAPAI



● Rangkul anugerah Ballon d'Or tujuh kali



● Pemain Terbaik Dunia Fifa 2009



● Pemain Terbaik Lelaki Fifa 2019



● Penjaring gol terbanyak di La Liga (474 gol)



● Menang UEFA Super Cup (3 kali)



● Jaring 787 gol untuk kelab dan negara



● Menang Kasut Emas Eropah 6 kali



● Di Barcelona menang 35 piala (10 Juara La liga, 4 Liga Juara-Juara)



● Penjaring gol lelaki terbanyak Amerika Selatan (81)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >