SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Messi 'meledak'

Messi 'meledak'

Jun 16, 2014 | 1:23 PM

Messi 'meledak'

KEUNGGULAN MESSI: Penyerang Argentina Lionel Messi meraikan jaringan gol semasa perlawanan Kumpulan F menentang Bosnia-Herzegovina di Stadium Maracana di Rio de Janeiro pagi tadi. - Foto
KEUNGGULAN MESSI: Penyerang Argentina Lionel Messi meraikan jaringan gol semasa perlawanan Kumpulan F menentang Bosnia-Herzegovina di Stadium Maracana di Rio de Janeiro pagi tadi. - Foto -

BINTANG Argentina, Lionel Messi, mempamerkan kehebatannya dengan menjaringkan gol cantik untuk membantu Argentina mengetepikan cabaran Bosnia-Herzegovina 2-0 dalam perlawanan Kumpulan F pagi tadi.

Awal dari itu, Argentina membuka jaringan apabila tendangan percuma Messi terkena kaki Sead Kolasinac.

Messi kemudian membuat hantaran satu dua dengan Gonzalo Higuain, menggelecek dua pemain Bosnia dan melepaskan rembatan leret ke kiri gawang yang gagal diselamatkan penjaga gawang lawan.

Dalam perlawanan Kumpulan E pada 3 pagi, Karim Benzema menjaringkan dua gol bagi membolehkan Perancis menundukkan Honduras 3-0.

Perancis juga menjadi pasukan pertama dalam Piala Dunia Brazil ini meraih manfaat daripada teknologi garisan gol apabila gol keduanya disahkan selepas melihat tayangan grafik jaringan tersebut.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E tengah malam semalam, Switzerland mengalahkan Ecuador 2-1.

  1. Ikuti sedutan perlawanan Argentina atasi Bosnia-Herzegovina di sini:
  1. Ikuti sedutan perlawanan Perancis menentang Honduras di sini:
  1. Ikuti sedutan perlawanan Switzerland menundukkan Ecuador di sini:
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg