Premium
Michelle Wie menang Kejohanan Dunia Wanita HSBC
Mar 6, 2018 | 5:30 AM
RAIH KEMENANGAN: Michelle Wie dengan trofi selepas memenangi kejohanan kelmarin. - Foto AFP -
SRIKANDI golf Amerika Syarikat, Michelle Wie menamatkan penantiannya selama empat tahun untuk merebut gelaran Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) kelimanya selepas berjaya memenangi Kejohanan Dunia Wanita HSBC kelmarin.
Bintang golf berusia 28 tahun itu mengakhiri kejohanan itu dengan 65 pukulan tujuh bawah par di Kelab Golf Sentosa.

