Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mindef benarkan Zheng Wen tunda Perkhidmatan Negara bagi Sukan Olimpik 2016

Jul 07, 2015 | 05:09 PM



KEMENTERIAN PERTAHANAN (Mindef) telah meluluskan permohonan perenang nasional Quah Zheng Wen untuk menundakan tarikh permulaan Perkhidmatan Negara (NS) sehingga 31 Ogos 2016, bagi membenarkannya beraksi di Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil.


Menurut kenyataan Mindef, Majlis Angkatan Bersenjata (AFC) telah mengkaji permohonan Zheng Wen dan mendapati ia 'memenuhi syarat penundaan bagi atlit sukan luar biasa yang boleh memenangi penghormatan' bagi Singapura, berdasarkan persembahannya dalam acara 200 meter gaya kupu-kupu.


Zheng Wen, 18 tahun, yang dijadual memulakan NS bulan ini telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio selepas beliau memenangi perlumbaan 200 meter di Terbuka Sepanyol Mac lalu.


Beliau ialah atlit Team Singapore dan perenang kedua - selepas Joseph Schooling - yang dibenarkan menundakan tarikh NS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >