Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Misi Ecuador benam Qatar tercapai

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



AL KHOR (Qatar): Jurulatih Ecuador, Gustavo Alfaro mengakui misi mereka tercapai selepas membuka kempen Piala Dunia menerusi kemenangan 2-0 ke atas Qatar, awal pagi semalam.



Namun, Alfaro mengingatkan anak buahnya bahawa dia mahukan lebih lagi sekiranya mahu layak ke pusingan kalah mati.



Ecuador memperagakan corak permainan menyerang seperti dimahukan Alfaro yang menyaksikan penyerang veteran, Enner Valencia menjaringkan dua gol pada babak pertama sekali gus menyamai pencapaian pasukan daripada enam perlawanan terakhir.



Ketika mereka menamatkan kemarau gol pada aksi pertama itu, penyudah yang kurang kemas khususnya selepas Valencia dikeluarkan pada minit ke-75 jelas membimbangkan mereka.



"Apa yang penting adalah kami meraih kemenangan. Kami lakukan apa yang diperlukan bagi memenangi perlawanan ini.



"Pada masa rehat, saya bertanya kepada pemain sama ada mereka gembira, mereka membalas 'tidak' dan berkata mereka boleh beraksi lebih baik.



"Saya ucapkan tahniah kepada mereka atas kemenangan ini tetapi menyatakan bahawa kita perlu jadi lebih baik," tambahnya.



Menanti mereka selepas ini adalah finalis tiga kali, Belanda yang pasti memberikan tentangan lebih sengit, Sabtu ini.



"Jika kita mahu layak ke pusingan kalah mati, kita perlu menamatkan saingan pada kedudukan lebih baik. Jadi kita menambah baik kekurangan daripada perlawanan ini.



"Ada pasukan yang tidak layak sekalipun berjaya memenangi aksi pertama," katanya.



Sementara itu ribuan penyokong yang teruja meraikan kejayaan Ecuador di merata bandar raya merentasi Ecuador selepas wakil Amerika Selatan berkenaan meraih kemenangan bersejarah ke atas Qatar pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022.



Ini adalah kali pertama dalam sejarah Piala Dunia pasukan tuan rumah tewas pada aksi pembukaan piala berprestij itu.



Penyokong yang memakai jersi pasukan itu selain mengibarkan bendera Ecuador memenuhi restoran, dataran dan pusat membeli belah di serata negara itu bagi menzahirkan sokongan kepada Ecuador dengan slogan tradisional 'Ya kita boleh'.



"Saya begitu emosional dan hilang kata-kata, saya tidak boleh menggambarkannya," kata Jenny Espinosa yang menyaksikan perlawanan terbabit bersama rakannya di Ibarra yang terletak di bahagian utara Ecuador.



Di beberapa bandar besar seperti Quito, Guayaquil dan Cuenca, penyokong yang berhimpun di taman dan menyaksikan perlawanan di skrin gergasi turut mengibarkan bendera, menari serta bernyanyi selepas tamat perlawanan.



"Sangat mengujakan apabila pasukan kita menang," kata pemandu teksi berusia 35 tahun, Hugo Pena yang meraikan kejayaan itu di salah satu jalan utama di Guayaquil.



"Kita berharap supaya mereka menunjukkan persembahan yang baik menentang Belanda, mendapatkan keputusan positif dan layak ke pusingan seterusnya."



Presiden Ecuador, Encik Guillermo Lasso tidak ketinggalan meraikan kejayaan itu apabila menulis di Twitter: "Ecuador mencipta sejarah."



"Apabila kepimpinan jelas, ada visi dan bekerja keras untuk mencapainya, mereka akan tercatat dalam sejarah sebagai Tri!," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >