Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

'Model kongsi awam-swasta Hab Sukan bukan sesuatu yang gagal'

Jun 11, 2022 | 05:30 AM



MODEL perkongsian awam swasta (PPP) Hab Sukan Singapura tidak boleh dilihat sebagai sebuah projek yang gagal, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sport Singapore, Encik Lim Teck Yin.



Beliau menambah apabila perjanjian itu mula dimeterai Sports Hub Pte Ltd (SHPL) dan pemerintah pada 2010, ia hanya sesuai bagi tujuan pada dan ketika itu.



"Saya tidak rasa ia tepat untuk menyatakan projek PPP ini telah gagal.



"Tentunya, apabila anda membuat perancangan awal PPP, anda akan menyediakan garis waktu yang cukup panjang bagi pelabur dan pemaju melihatnya dan mengatakan ini kelihatan sebagai sebuah projek yang agak menarik, berdasarkan pemahaman kami pada waktu itu tentang potensi semasa dan masa depan," kata Encik Lim sewaktu sidang media semalam.



Walaupun pada masa keputusan itu dibuat, pertimbangan yang dilakukan "adalah sah dan kukuh", kata Encik Lim sambil menambah bahawa konteksnya telah berkembang sejak itu.



Beliau menegaskan keperluan sukan Singapura pada masa hadapan telah berubah sejak beberapa tahun yang lalu, dan oleh kerana itu keputusan untuk menamatkan perjanjian tersebut telahpun dibuat secara sebulat suara.



"Saya rasa konteksnya telah berkembang… jadi, ia adalah masa yang sesuai untuk melakukan ini, terutamanya apabila kita berada di kemuncak di mana banyak kemudahan bakal disiapkan menjelang akhir tahun ini dan tahun depan.



"Kita mesti tangkas mendakap perubahan, kita mesti boleh melibatkan rakan kongsi kita merentasi susunan yang lebih fleksibel daripada yang kita ada di bawah PPP," kata beliau, menjawab pertanyaan sama ada model PPP itu tidak sesuai bagi tujuan projek sukan di sini.



Sewaktu pemerintah mula mengumumkan pelawaannya bagi tender Hab Sukan Singapura pada Julai 2006, ia menyifatkan projek itu sebagai "salah satu projek PPP sukan terbesar di dunia".



Model PPP ini membolehkan pemerintah mendapat manfaat daripada pembiayaan dan kepakaran sektor swasta.



Pendekatan ini juga dapat "membebaskan sumber fiskal yang boleh diperuntukkan kepada keperluan mendesak lain" di tengah-tengah krisis kewangan global 2008, sambil membenarkan risiko pembinaan dan operasi dikongsi dengan sektor swasta, tambah Encik Lim.



Meskipun terdapat cabaran dalam mengimbangi kepentingan komersial dan visi pemerintah untuk hab sukan itu, Encik Lim berkata terdapat banyak perkara yang boleh diambil dan dipelajari daripada pengalaman PPP tersebut.



Beliau berkata: "Terdapat hasil sosial yang kukuh yang ingin kami capai dengan hab sukan kami. Dan dalam konteks ini, kami merasakan terdapat autonomi, kawalan, fleksibiliti untuk dapat melakukan ini dalam aturan yang berbeza."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >