Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Modric bantu Croatia lebur harapan Scotland

Jun 24, 2021 | 05:30 AM



GLASGOW: Luka Modric membantu Croatia mencipta kemenangan 3-1 menentang Scotland, sekali gus membawa naib juara Piala Dunia itu ke pusingan 16 pasukan terakhir Euro 2020.



Nikola Vlasic menjaringkan gol pembukaan Croatia pada minit ke-17, sebelum Callum McGregor menyamakan kedudukan buat Scotland.



Namun Modric membuktikan beliau berada dalam kelas tersendiri selepas pernah mematahkan penguasaan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk merangkul anugerah Ballon d'Or pada 2018, untuk meletakkan Croatia kembali di depan pada minit ke-62.



"Tiada siapa yang dapat pastikan bagaimana Luka melakukannya," kata jurulatih Zlatko Dalic.



"Kami menjangkakan tahap kecergasan akan merosot dan hilang kekuatannya tapi beliau sebenarnya merupakan kekuatan yang melengkapkan pasukan ini.



"Apa sahaja yang boleh saya katakan mengenai Luka tidak mencukupi. Saya sangat bangga mempunyai pemain seperti itu dalam pasukan kami."



Tandukan Ivan Perisic pada minit ke-77 melengkapkan kejayaan Croatia untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan tempat kedua di belakang England yang menewaskan Republik Czech.



Pemain tengah Scotland, McGregor, akur bahawa pasukannya dipaksa bekerja keras namun gagal membendung serangan Croatia.



Kekalahan tersebut sekali gus menyaksikan skuad Steve Clarke tersingkir dari kejohanan Euro 2020 dan meranapkan harapan Scotland melayakkan diri ke peringkat kalah mati kejohanan besar buat kali pertama.



McGregor menjaringkan gol pertama negaranya di kejohanan utama selepas 23 tahun, namun ia terbukti hanya menjadi gol sagu hati.



"Ia sentiasa menjadi saat yang baik untuk menjaringkan gol dan mendapat gol pertama saya buat pasukan negara, namun kami kecewa dengan keputusan perlawanan," kata pemain tengah Celtic itu kepada ITV.



"Harapan kami berkecai. Penyokong memberikan sokongan yang mengagumkan dan kami berterima kasih atas sumbangan mereka.



"Ini adalah pengalaman belajar yang sukar apabila menentang beberapa pemain terbaik, namun ia membuatkan anda dahaga untuk bangkit semula."



Croatia mara selaku naib juara Kumpulan D di belakang England yang menjuarai kumpulan selepas jaringan tunggal Raheem Sterling membolehkan pasukan itu mencipta kemenangan 1-0 ke atas Czech.



Czech bagaimanapun, turut melangkah ke peringkat kalah mati sebagai satu daripada pasukan tempat ketiga terbaik. - AFP




''Tiada siapa yang dapat pastikan bagaimana Luka melakukannya. Kami menjangkakan tahap kecergasan akan merosot dan hilang kekuatannya tapi beliau sebenarnya merupakan kekuatan yang melengkapkan pasukan ini. Apa sahaja yang boleh saya katakan mengenai Luka tidak mencukupi. Saya sangat bangga mempunyai pemain seperti itu dalam pasukan kami.''
- Jurulatih Zlatko Dalic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >