Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ANUGERAH FIFA

Modric dinobat Pemain Terbaik Dunia

Sep 26, 2018 | 05:30 AM



LONDON: Luka Modric mengakhiri penguasaan selama sedekad antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi apabila beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia Fifa kelmarin.



Pemain midfield Real Madrid dan Croatia itu menjadi pemain bintang untuk kelabnya dan pasukan negara selepas memenangi Liga Juara-Juara untuk kali ketiga berturut-turut serta membantu Croatia melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 buat kali pertama.



Penghormatan itu disampaikan di majlis Anugerah Bola sepak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2018.



Beliau menewaskan Ronaldo dan pemain bintang Mesir, Mohamed Salah untuk merangkul anugerah berprestij itu.



Kecemerlangan Modric ini bermakna Ronaldo kini terikat dengan Messi bagi bilangan anugerah Pemain Terbaik Dunia yang dikecapi dengan masing-masing memenanginya sebanyak lima kali.



Kejayaan Croatia mengharungi Piala Dunia merupakan kemuncak kerjaya mengagumkan Modric yang sering dibayangi oleh pencapaian Ronaldo ketika kededua pemain masih bersama di Real Madrid sebelum pemain Portugal itu berpindah ke Juventus Julai lalu.



Pemain berusia 33 tahun itu berjaya menjaringkan dua gol serta gol ketika sepakan penalti sewaktu mengatasi Denmark dan Russia.



Namun ia adalah keupayaan sebagai pemain 'playmaker' yang menarik perhatian dalam membantunya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik di temasya bola sepak terbesar dunia itu



"Ia adalah satu musim yang sukar dipercayai...musim terbaik dalam hidup saya," kata Modric.



"Saya masih tidak percaya bahawa saya mempunyai tahun yang sungguh hebat secara individu dan saya sangat bangga atas segala kejayaan yang saya kecapi tahun ini dan saya akan mengingatinya buat selamanya."



Untuk musim keenam berturut-turut, Ronaldo menjadi penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan 15 gol dan juga menjaringkan empat gol di Piala Dunia, termasuk hatrik ketika menentang Sepanyol dalam perlawanan pembukaan yang mendebarkan yang berkahir dengan keputusan seri 3-3.



Bagaimanapun, penyingkiran Portugal ketika pusingan pasukan 16 terakhir setelah tewas keatas Uruguay di Russia di tambah dengan kegagalan Ronaldo untuk menjaringkan gol dalam pusingan separuh akhir dan final Liga Juara-Juara menambah peluang Modric untuk merampas takhta itu.



Kededua Ronaldo atau Messi tidak menghadiri majlis anugerah penuh berprestij itu di London kerana terlibat dalam perlawanan untuk kelab masing-masing.



Buat julung kalinya dalam 12 tahun, Messi tidak disenaraikan antara finalis dengan Salah mendapat tempat ketiga atas persembahan menakjubkan dalam musim pertamanya bersama Liverpool. Beliau menjaringkan 44 gol untuk membantu kelab Reds itu melangkah ke final Liga Juara-Juara musim lalu.



Namun, kecederaan bahu yang dialami awal dalam perlawanan itu telah menghalang Salah membantu Liverpool merampas trofi Eropah itu dan ia juga bermakna bahawa beliau tidak berada pada tahap terbaik ketika mewakili Mesir di Piala Dunia.



Walaupun berjaya mendapatkan gol dalam setiap dua penampilannya di Rusia, pasukan Mesir terpaksa pulang awal selepas menyaksikan mereka kalah tiga perlawanan dalam pusingan kumpulan.



Meskipun begitu, Salah tidak pulang dengan tangan kosong pada majlis anugerah kelmarin. Jaringannya ketika menentang Everton Disember lalu telah dinobat sebagai gol terbaik Anugerah Puskas Fifa.



Selain Modric, rakan sepasukannya di Real Madrid, Sergio Ramos, Raphael Varane dan Marcelo telah disertakan dalam pasukan FIFPro tahun ini, yang juga menampilkan David De Gea, Dani Alves, N'Golo Kante, Eden Hazard, Kylian Mbappe, Messi dan Ronaldo.



Thibaut Courtois memenangi anugerah Penjaga Gol Terbaik selepas membantu Belgium melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Dunia dan Piala FA bersama Chelsea sebelum berpindah ke Real Madrid. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >