Topik diikuti
Pergi ke BHkuMourinho belum menyerah, City terus tunjuk gagah
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Nov 7, 2017 | 5:30 AM
LONDON: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menegaskan bahawa peluang pasukannya bersaing bagi trofi kejuaraan Liga Perdana masih menyala, sekalipun mereka kalah 0-1 kepada juara bertahan, Chelsea, dinihari semalam.
Gol tandukan penyerang Sepanyol Alvaro Morata pada minit ke-55 membezakan kedudukan dua pasukan itu pada akhir wisel penamat pertemuan di Stamford Bridge, yang menyaksikan United berada lapan mata di belakang pasukan pendahulu, Manchester City.
