Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mourinho beritahu kawan beliau jadi jurulatih United akhir musim ini: Media UK

Feb 10, 2016 | 05:00 PM



LONDON: Jose Mourinho telah memberitahu rakan dan kenalan beliau bahawa beliau akan menggantikan Louis van Gaal sebagai pengurus Manchester United pada akhir musim ini, menurut laporan dalam beberapa akhbar British pada Rabu (10 Feb).


Harian The Daily Mail, Daily Star, Daily Mirror dan Telegraph memetik sumber tidak dinamakan yang rapat dengan pengurus Portugal berusia 53 tahun itu sebagai berkata pelantikannya di Old Trafford adalah "perjanjian yang tidak boleh dibatalkan".


Bekas jurulatih Real Madrid, Inter Milan dan Porto dipecat oleh Chelsea Disember lalu itu tetapi berkata dalam satu temu bual minggu lalu bahawa beliau tidak lama lagi akan kembali dalam bidang pengurusan, sebaik-baiknya di England.


Van Gaal, yang mempunyai setahun lagi dalam kontraknya selepas musim ini, terpaksa berhadapan dengan spekulasi berterusan mengenai kedudukannya selepas United membuat permulaan lemah musim ini.


Pengurus Belanda itu berkata pada Ahad (7 Feb) bahawa laporan mengenai rundingan antara United dan dan Mourinho adalah ciptaan media. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >