Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ITALY

Mourinho cuba ubah nasib di Roma

May 06, 2021 | 05:30 AM



ROME: Lebih sedekad, kejayaan biasanya berada dalam genggaman beliau apabila Jose Mourinho memimpin sembarang pasukan bola sepak.



Namun, prestasinya telah menjunam dan sekarang Mourinho berangkat ke Italy untuk merebut peluang terakhir menyelamatkan reputasi yang terjejas itu.



Mourinho telah mencapai persetujuan kontrak tiga tahun bersama Roma kelmarin dan akan menggantikan ketua pasukan itu, Paulo Fonseca, pada akhir musim ini.



Mourinho, 58 tahun, antara pengurus yang mendapat tempat tertinggi sedunia selepas memenangi Liga Juara-Juara untuk Porto dan Inter Milan, di samping menikmati kejayaan tempatan bersama Chelsea dan Real Madrid.



Namun, sentuhan emas Mourinho berkurangan sejak kebelakangan ini dan tiga tugas terakhirnya semua berakhir dengan kegagalan - di Chelsea, Manchester United dan Tottenham.



Beliau dipecat Tottenham April lalu tanpa piala kemenangan sepanjang tempoh tersebut buat kali pertama sejak meninggalkan Uniao de Leiria pada 2002.



Mourinho, yang sebelum ini ditabal sebagai pemenang bersiri, kini terpaksa bekerja dengan pasukan yang kurang berprestasi.



Seperti Tottenham - yang kali terakhir menjadi juara England pada 1961 - Roma, yang sekarang berada di tangga ketujuh Siri A, adalah salah satu daripada pasukan tersebut.



Kali terakhir pasukan Giallorossi itu memenangi gelaran juara terakhir Siri A ialah pada 2001 dan satu-satunya penampilan di final Piala Eropah pasukan itu berakhir dengan kekalahan kepada Liverpool 37 tahun lalu.



Pengurus besar Roma, Tiago Pinto, berkata: "Apabila Jose bersedia, kami terus berbicara dengan salah seorang pengurus terhebat itu," kata Pinto.



Pengerusi Tottenham Daniel Levy turut memuji Mourinho sebelum ini, namun akhirnya pujian itu berakhir dengan ironi.



"Dengan (pelibatan) Jose, kami sekarang mempunyai antara pengurus paling berjaya dalam bola sepak.



"Kami percaya beliau akan menyuntik tenaga dan juga kepercayaan terhadap pasukan ini," kata Levy.



Hanya 17 bulan kemudian, beliau memecat jurulatih warga Portugal itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >