Topik diikuti
Pergi ke BHkuMourinho didakwa berkelakuan tidak wajar oleh FA England
Nov 30, 2016 | 5:30 AM
Mourinho didakwa berkelakuan tidak wajar oleh FA England
LONDON: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, telah didakwa atas kesalahan berkelakuan tidak wajar oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England selepas beliau diarah meninggalkan padang pada perlawanan menentang West Ham United hujung minggu lalu.
Pengurus dari Portugal itu diarah meninggalkan padang pada minit ke-27 selepas beliau menendang sebotol air kerana berasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil yang melayangkan kad kuning kepada pemain midfieldnya, Paul Pogba.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti