Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mourinho dipecat

Apr 19, 2021 | 08:08 PM



LONDON: Jose Mourinho dipecat sebagai pengurus Tottenham Hotspur pada Isnin (19 April) kerana prestasi teruk, kata kelab itu.



"Kelab hari ini boleh mengumumkan bahawa Jose Mourinho dan kakitangan latihannya Joao Sacramento, Nuno Santos, Carlos Lalin dan Giovanni Cerra telah dilepaskan daripada tugas mereka," kata satu kenyataan yang disiarkan di Twitter.


Berita itu dikeluarkan selepas kelab London itu berkata mereka antara 12 kelab yang akan membentuk Liga Super Eropah yang baru.



Keputusan seri 2-2 dengan Everton pada Jumaat lalu meninggalkan Tottenham, finalis Liga Juara-Juara pada 2019, di tempat ketujuh dalam Liga Perdana dengan peluang meraih empat tempat teratas kian pudar. 


Mourinho dilantik oleh Spurs pada November 2019, menggantikan Mauricio Pochettino.


Warga Portugal berusia 58 tahun itu, yang sepatutnya menjadi pengurus hingga akhir musim 2023, dipecat enam hari sebelum final Piala Liga menentang Manchester City.


Pertembungan Wembley itu memberi Spurs peluang untuk mengakhiri kemarau piala 13 tahun.


Dalam musim pertamanya, Mourinho membawa Tottenham daripada tangga ke-14 ke enam, menjaminkan kelayakan ke Liga Europa. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >