Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Mourinho kekal di Man Utd hingga 2020

Jan 27, 2018 | 05:30 AM



LONDON: Jose Mourinho kelmarin menyambung kontraknya bersama Manchester United sehingga 2020, sekali gus menamatkan desas-desus bahawa beliau tidak senang bertugas bersama kelab di Old Trafford itu.



Mourinho musim lalu menjadi pengurus pertama pasukan bergelar The Red Devils itu berjaya memenangi trofi dalam musim pertama bersama kelab itu apabila mereka menjulang kejuaraan Piala Liga selain memenangi mahkota Liga Europa - satu-satunya kejohanan yang tidak pernah dimenangi United sebelum ini.



Musim ini United kini berada jauh di belakang seteru utama Manchester City dalam persaingan Liga Perdana tetapi mereka masih bersaing dalam Piala FA dan juga Liga Juara-Juara.



"Saya benar-benar bangga dan adalah satu penghormatan untuk menjadi pengurus Manchester United," ujar Mourinho, 54 tahun, melalui satu kenyataan daripada kelabnya.



"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pemilik (kelab) dan Encik (Ed) Woodward (naib pengerusi eksekutif United) yang menghargai segala kerja keras dan dedikasi saya.



"Saya gembira mendapat kepercayaan mereka bahawa saya adalah orang yang tepat bagi kelab yang hebat ini," tambahnya.



Dilantik dengan kontrak tiga tahun pada musim panas 2016, Mourinho, yang menggantikan Louis van Gaal, bertekad mengembalikan kelab gergasi England itu ke tahap gemilangnya.



United, juara liga sebanyak 20 kali sebelum ini, tidak pernah menjulang mahkota kejuaraan Liga Perdana sejak musim terakhir di bawah kepimpinan Sir Alex Ferguson pada 2012/2013.



Awal sebelum ini timbul pelbagai spekulasi bahawa Mourinho mungkin tidak dapat menyesuaikan kehidupan di Manchester termasuk pilihannya untuk menetap di hotel - dan tidak mencari rumah yang tetap - sebagai petanda kurang komitmen kepada tugasnya itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >