Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Moyes menaruh harapan, Allardyce masih tertekan

West Ham 2 West Brom 1
Jan 21, 2021 | 05:30 AM



LONDON: David Moyes menegaskan masih terlalu awal untuk mengimpikan tempat di pentas Eropah selepas West Ham menundukkan West Bromwich Albion 2-1 dalam saingan Liga Perdana England (EPL) di Stadium London awal pagi semalam.



Skuad kendalian Moyes mendahului perlawanan menerusi gol di separuh pertama pertama oleh Jarrod Bowen.



Namun West Brom menyamakan kedudukan hasil jaringan Matheus Pereira sebelum waktu rehat.



Bagaimanapun West Ham memastikan mereka meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan menerusi gol Michail Antonio pada minit ke-66.



West Ham belum tewas selepas enam perlawanan dalam semua pertandingan, dan mencatatkan empat kemenangan pada perlawanan pembukaan di awal tahun buat pertama kali sejak 1958.



Mereka kini menduduki tangga ketujuh liga dan berada di landasan terbaik untuk layak ke saingan Liga Europa musim depan.



"Kami menunjukkan kemajuan dalam corak permainan dan apa yang kami lakukan.



"Kami ingin menanam impian tetapi kami masih berpijak di bumi nyata dan kami sedar kami adalah West Ham.



"Kami tidak akan terburu-buru melaungkannya kerana sejarah membuktikan yang kami tidak mampu melakukannya, tetapi saya mahu menjadi orang yang menjadikannya realiti.



"Kami akan mengambil langkah demi langkah untuk mara dan mengutip mata. Saya mahu kami bersaing di kelompok atas dan terus menang," kata Moyes.



Pengurus West Brom, Sam Allardyce sebelum ini pernah melakar reputasi sebagai pengurus yang mampu membantu kelab tercorot untuk bangkit daripada disingkirkan.



Namun, beliau kini memikul tugas yang sukar selepas dilantik pada 16 Disember lalu.



Pasukan Baggies itu hanya berjaya menang satu perlawanan dalam 13 perlawanan pertama mereka musim ini sebelum Allardyce mengambil alih.



Mereka juga tewas tiga daripada empat perlawanan pertama di bawah kendalian pengurus baru itu, dengan hanya menjaringkan satu gol manakala gawang mereka dibolosi sebanyak tiga kali.



Mengulas tentang persembahan pemainnya, Allardyce berkata: "Respons yang baik pada separuh masa kedua - kami menjaringkan gol tetapi dalam saingan EPL, anda harus sentiasa menjangkakan tekanan dari pasukan tuan rumah.



"Walaupun kami cuba membalas serangan dengan mencipta beberapa peluang, kami tewas kerana persembahan mereka terbukti lebih baik." - AFP, Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >