Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: PREVIU MANCHESTER UNITED LWN WEST HAM

Moyes: West Ham sudah kembali menyengat

Oct 30, 2022 | 05:30 AM



WEST HAM yang berjaya tundukkan Bournemouth 2-0 dalam EPL baru-baru ini - hasil jaringan Kurt Zouma dan Said Benrahma - mendapat pujian pengurus pasukan itu, David Moyes.



"Saya rasa kami bermain dengan baik sepanjang tempoh itu, namun kurang berkeyakinan di akhir perlawanan.



"Kami mengawal keadaan dengan baik sepanjang tempoh namun tidak dapat mengena sasaran yang diperlukan.



"Persembahan kami semakin baik tapi kami masih tidak mengambil peluang yang mencukupi.



"Ini beri peluang Bournemouth berusaha kembali dengan penuh bersemangat dalam perlawanan itu," katanya.



Malah beliau rasakan Benrahma masih boleh mainkan peranan yang lebih dalam perlawanan akan datang.



"Said Benrahma seorang pemain yang amat baik dan kami yakin akan tendangan lintangnya.



"Beliau bermula dengan perlahan dan kami harap beliau dapat kembalikan rentak dengan baik pada masa akan datang.



"Declan Rice dan Tomas Soucek juga bermula dengan perlahan tapi sudah mula selesa, dan kami kini sedang berusaha membawa masuk pemain baru.



"Kami bermula dengan baik pada musim lalu dan berada dalam kedudukan baik untuk masuk ke Liga Juara-Juara Eropah dan bermain baik di Eropah.



"Tahun ini pula kami bermula dengan baik di Eropah tapi perlahan pula dalam EPL," katanya.



Meskipun begitu Moyes melahirkan keyakinan dengan persembahan pasukannya yang mula berubah dan berusaha mengejar pasukan di bahagian atas EPL. - Agensi berita.




"Kami bermula dengan baik pada musim lalu dan berada dalam kedudukan baik untuk masuk ke Liga Juara-Juara Eropah dan bermain baik di Eropah.

Tahun ini pula kami bermula dengan baik di Eropah tapi perlahan pula dalam EPL.''

- Pengurus West Ham David Moyes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >