Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

MU hadapi ujian getir, kelab 'kaya baru' Newcastle temui Spurs

Anak didik Solskjaer hadapi beberapa perlawanan penting yang mungkin jadi petanda keupayaan mereka bersaing bagi trofi musim ini dengan Liverpool, Man City dijangka terus kutip mata berdepan pasukan di tangga bawah liga
Oct 16, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United memulakan siri perlawanan yang berupaya memberi petanda kukuh mengenai keupayaan pasukan Red Devils itu mencabar untuk piala-piala utama yang dipertaruhkan termasuk kejuaraan liga yang diidam-idamkan para penyokong kelab gergasi dunia itu.



Mulai hari ini hingga 6 November, anak didik Ole Gunnar Solskjaer akan bertemu Leicester City (10 malam ini, waktu Singapura), Liverpool, Tottenham Hotspurs dan Manchester City selain perlawanan menentang Atlanta dalam Liga Juara-Juara Eropah.



Malangnya, mereka memulakan siri perlawanan mencabar itu tanpa sekurang-kurangnya satu, jika tidak kededua tunggak pertahanan mereka.



Raphael Varane disahkan tidak dapat beraksi untuk "beberapa minggu" setelah mengalami kecederaan semasa mewakili Perancis.



Tahap kecergasan kapten pasukan, Harry Maguire, pula belum pasti setelah cedera pada 25 September lalu.



Solskjaer bagaimanapun tenang berdepan dengan masalah kecederaan pada benteng pertahanannya itu.



"Inilah bola sepak... lebih-lebih lagi apabila kami mempunyai skuad yang dipenuhi pemain antarabangsa, ia pasti akan berlaku," ujar pengurus asal Norway itu.



"Lantaran itulah kami mempunyai skuad yang besar dan pemain yang ghairah menunggu peluang mereka kini harus merebut sepenuhnya. Saya yakin kami dapat mengatasi apa juga masalah kecederaan," tambah beliau.



Rakan sejawatannya di Leicester City pula, Brendan Rodgers, menekankan beliau dan para pemain tidak memikirkan mengenai siapa yang tidak akan turun padang malam ini.



Sebaliknya, mereka fokus kepada siapa yang akan diturunkan.



"United mempunyai skuad yang hebat. Mereka pasti dapat menggantikan sesiapa sahaja dengan mudah.



"Yang penting bagi Leicester City ialah kami fokus kepada diri kami, tugas yang harus kami lakukan. Ia adalah perlawanan yang penting, dan pemain harus sedar hakikat itu," katanya.



Sedang United berdepan dengan hambatan, para pesaing mereka - Liverpool dan Manchester City - pula berdepan dengan perlawanan lebih mudah malam ini.



Liverpool akan bertemu Watford, pasukan yang hanya menang sekali dalam lima perlawanan sebelum ini, dan telah pun kehilangan pengurus mereka, Xisco Munoz, yang baru dipecat dan digantikan dengan Claudio Ranieri.



Mengenai perlawanan pertamanya, Ranieri, yang pernah memimpin Leicester menjuarai liga selain menjadi jurulatih Chelsea, berkata Liverpool telah berkembang menjadi sebuah pasukan yang benar-benar hebat sejak kali terakhir beliau menjadi jurulatih di England.



"Mereka dulu kaya sejarah, tapi sekarang mereka benar-benar antara gergasi Eropah. Para pemain kami tahu kekuatan Liverpool tapi mereka juga tahu, kadangkala pasukan kecil boleh juga melakukan kejutan," ujar beliau.



Dalam pada itu, City pula dijangka menang besar apabila berdepan dengan Burnley, yang masih belum menikmati kemenangan musim ini dan menduduki tangga ke-18 dengan hanya tiga mata.



Pengurus Pep Guardiola bagaimanapun menegaskan dengan para pemainnya baru sahaja pulang dari mewakili negara masing-masing, tidak mudah untuk beliau dari segi persiapan.



"Burnley pula mempunyai hampir kesemua pemain mereka bersama selama dua minggu ini untuk berehat dan kembali segar. Mesekipun kami bermain di padang sendiri, kami perlu berhati-hati kerana Burnley berbahaya apabila mereka dapat bertahan dan kemudian melancarkan serangan-serangan balas," kata beliau.



Dalam lain-lain perlawanan hujung minggu ini, Everton bertemu West Ham dalam perlawanan yang melihat David Moyes kembali ke Goodison Park.



Pasukan Newcastle yang baru sahaja dibeli firma pelaburan Arab Saudi - sekali gus menjadikan mereka antara kelab terkaya dunia - bertemu Tottenham Hotspur dalam perlawanan yang dijangka merupakan kali terakhir Newcastle dipimpin oleh pengurus mereka, Steve Bruce. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >