LAUSANNE, Switzerland: Seni mempertahankan diri, muaythai, dan sukan sorak (cheerleading) yang mempunyai pengaruh kuat daripada kalangan belia, menerima pengiktirafan sementara sebagai sukan Olimpik oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kelmarin.
Kededua sukan ini kini boleh memanfaatkan beberapa pembiayaan IOC serta mengambil bahagian dalam beberapa program termasuk pembangunan atlit dan antidoping. Dengan pengiktirafan itu, sebanyak 37 sukan Olimpik telahpun diiktiraf.