Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Mulanya tewas, pemain tenis meja S'pura muncul menang di set kedua

Feng Tianwei dominasi tiga set permainan seterusnya dan muncul dalam pusingan kelompok 16 hari ini
Jul 27, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Tiada apa yang kelihatan baik buat pemain tenis meja Singapura Feng Tianwei dalam 10 minit pertamanya dalam perlawanan pusingan ketiga perseorangan wanita di Gimnasium Metropolitan Tokyo semalam.



Pemain nombor sembilan dunia itu tewas dalam set permainan pertamanya, gagal mencari rentak, bahkan apabila beliau meraih mata yang sah, sistem mata gagal mengambil kiranya.



Namun, pemain berusia 34 tahun itu bangkit daripada lena, mendahului kedudukan buat pertama kali selepas 26 mata dan muncul pemenang dalam pemutus atau 'tie-break' set permainan kedua.



Sejak itu, beliau tidak pernah menoleh ke belakang.



Feng kemudian mendominasi tiga set permainan seterusnya untuk mengalahkan pemain nombor 72 dari Sepanyol, Maria Xiao, 4-1 (8-11, 12-10, 11-5, 11-2, 11-4) dalam masa 46 minit.



Beliau akan bertemu sama ada pemain ranking nombor 22 Han Ying dari Jerman atau pemain nombor 156 dunia Lay Jianfang dari Australia, dalam pusingan kelompok 16 pesaing hari ini.



Feng, yang juga anggota utama dalam pasukan wanita yang memenangi pingat perak di Beijing 2008 dan pingat gangsa di London 2012, juga menang pingat gangsa dalam perseorangan wanita sembilan tahun lalu.



Ketiga-tiga pingat itu menjadikan beliau atlet Sukan Olimpik negara yang meraih jumlah pingat paling banyak.



Beliau disingkirkan pada suku akhir di Rio 2016, manakala pasukan wanita negara kalah dalam perlawanan main habis atau 'playoff' pingat gangsa.



Ini merupakan Sukan Olimpik keempat Feng, rekod yang dikongsi bersama bekas pemain tenis meja Li Jiawei dan perenang Joscelin Yeo.



Rakan senegara Yu Mengyu, pemain nombor 47 dunia, juga akan beraksi hari ini menentang Cheng I-Ching (nombor 8) dari Taiwan untuk menempah tempat dalam kelompok 16 pesaing.



Kelmarin, Yu, 31 tahun, mencatat kemenangan yang memberangsangkan 4-0 (11-3, 11-2, 11-8, 11-9) ke atas pemain Portugal Shao Jieni (nombor 63) dalam perlawanan pusingan kedua untuk melayakkan diri ke pusingan kelompok 32 pesaing.



Yu memegang rekod 10-3 menentang pemain Taiwan itu, termasuk kemenangan dalam empat pertembungan terakhir mereka di mana beliau hanya kalah dua set permainan.



Sementara itu, perjalanan satu-satunya wakil pemain tenis meja lelaki negara, Clarence Chew, sampai ke penghujungnya kelmarin.



Chew, dalam penampilan sulungnya di Sukan Olimpik, kalah 4-1 (11-7, 11-8, 11-8, 6-11, 12-10) di tangan pemain nombor 44 dunia Daniel Habesohn dari Austria dalam pusingan kedua perseorangan lelaki.



Untuk tiga set permainan pertama dalam perlawanan itu, mata terikat pada 6-6 sebelum Habesohn, 35 tahun, berjaya memperluas jurang kepada tiga mata di depan.



Namun, Chew, pemain nombor 158 dunia, tidak patah semangat dan mendominasi set permainan keempat. Tetapi, beliau gagal memanfaatkan kedudukan 8-6 beliau di depan dalam set permainan kelima, dan menyaksikan kempen Sukan Olimpiknya berakhir meskipun menyelamatkan dua mata perlawanan.



Sabtu lalu, Chew, 25 tahun, melakarkan kejutan apabila menewaskan pemain nombor 71 dunia, Ibrahima Diaw, dari Senegal 4-2 dalam perlawanan pertamanya di Sukan Olimpik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >