Topik diikuti
Pergi ke BHkuMurray bantu Britain ke separuh akhir selepas 34 tahun
Jul 21, 2015 | 5:30 AM
Murray bantu Britain ke separuh akhir selepas 34 tahun
LONDON: Andy Murray membantu Britain mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam 34 tahun selepas menewaskan Gilles Simon kelmarin dengan memberikan negaranya kelebihan 3-1 yang tidak boleh dipintas lagi.
Pemain nombor tiga dunia itu mengatasi rasa sakit dan sengal pada tubuhnya selepas bermain tiga hari berturut-turut di Queen's Club dengan mencatatkan kemenangan 4-6, 7-6, 6-3, 6-0 dalam pusingan suku akhir.