Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Murray ikrar wang dimenangi tahun ini diderma kepada mangsa kanak-kanak Ukraine

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Andy Murray telah berikrar untuk mendermakan semua wang hadiah yang diterimanya bagi tahun ini kepada kanak-kanak yang terjejas serangan Russia ke atas Ukraine.



Murray, warga Britain dan bekas pemain tenis nombor satu dunia, kini sedang bekerjasama dengan Unicef untuk memberikan bekalan perubatan dan alat lain kepada bandar Ukraine yang terjejas.



Serangan Russia ke atas Ukraine, yang bermula bulan lalu, telah memaksa lebih dua juta orang melarikan diri dari negara itu sejauh ini.



"Lebih 7.5 juta kanak-kanak kini menanggung risiko akibat konflik yang berterusan di Ukraine," kata Murray, 34 tahun.



Murray, yang telah memenangi Grand Slam sebanyak tiga kali, juga adalah Duta Unicef bagi Britain.



Beliau berkata:



"Adalah amat penting agar pendidikan dapat diteruskan semasa perang, justeru Unicef sedang berusaha untuk menyediakan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak pelarian, selain memberi sokongan untuk memulihara sekolah-sekolah yang rosak, termasuk menggantikan perabot dan peralatan yang musnah."



Awal daripada itu, badan-badan tenis mengumumkan derma £530,000 ($950,000) untuk membantu usaha kemanusiaan di Ukraine dan menyokong Persekutuan Tenis Ukraine.



Pesuruhjaya Tour PGA Jay Monahan juga telah mengesahkan wang sejumlah £241,000 telah didermakan kepada Unicef menerusi projek Golfers for Ukraine.



"Kami simpati dengan rakyat Ukraine dan mereka yang terjebak dalam konflik ini," kata Monahan.



"Kami berharap keganasan ini akan berakhir dan huraian damai dapat dikecapi."



Awal minggu ini, pemain tenis wanita Ukraine, Dayana Yastremska, juga mendermakan wang hadiah yang diterimanya kepada usaha kemanusiaan di negaranya.



Yastremska, yang meloloskan diri dari bedilan bom Russia minggu lalu, telah bertanding dalam Terbuka Lyon dan mara ke final sebelum beliau tewas kepada pemain China, Zhang Shuai.



Atlet berusia 21 tahun itu berkata beliau akan mendermakan wang £12,000 ($21,000) yang diterimanya kepada Yayasan Ukraine.



"Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya sepanjang pertandingan ini. Saya telah berjuang sepanjang minggu... bukan hanya untuk diri saya sendiri, malah bagi negara saya," ujar Yastremska. - Agensi berita.




"Lebih 7.5 juta kanak-kanak kini menanggung risiko akibat konflik yang berterusan di Ukraine... Adalah amat penting agar pendidikan dapat diteruskan semasa perang, justeru Unicef sedang berusaha untuk menyediakan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak pelarian, selain memberi sokongan untuk memulihara sekolah-sekolah yang rosak, termasuk menggantikan perabot dan peralatan yang musnah."
- Pemain tenis, Andy Murray, yang juga adalah Duta Unicef bagi Britain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >