Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA FA ENGLAND

Musim hambar Leicester tukar jadi lebih buruk

Tersingkir dari Piala FA selepas kalah mengejut kepada Blackburn yang beraksi dalam liga bawah EPL
Mar 02, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pemain Blackburn Rovers menambah satu lagi titik bersejarah dalam sejarah kelab hebat ini, kata pengurus pasukan, Jon Dahl Tomasson, selepas mereka mengatasi jangkaan dengan menewaskan Leicester City dalam Piala FA di Stadium King Power.



Penyokong Leicester ibarat terkejut dan membisu sebaik pengadil meniup wisel penamat melihat pasukan yang beraksi dalam Liga Perdana England (EPL) itu tersingkir kepada kelab yang beraksi satu divisyen di bawahnya.



Hanya sebahagian kecil penyokong - dari Blackburn - yang terus bersorakan dan bernyanyi, meraikan kemaraan pasukan merela ke suku akhir Piala FA.



Gol-gol yang dijaringkan oleh Tyrhys Dolan dan Sammie Szmodics memadai bagi membantu Blackbrun mengecapi kemenangan itu.



"Saat ini begitu indah dan adalah lembaran baru dalam sejarah kelab ini," kata Tomasson.



"Mereka harus berbangga. Penyokong juga. Pemain menang di padang dan penyokong kami menang dari tempat duduk penyokong dengan semangat mereka bersorak sepanjang perlawanan."



Blackburn belum berjaya mendaki ke EPL sejak tersingkir di akhir kempen 2011-2012, tetapi ia berada di kedudukan yang baik musim ini untuk berbuat demikian.



Kelab yang berpangkalan di Lancashire itu kini menduduki tangga keempat dalam Liga Championship.



Dua tempat teratas - yang menjamin kelayakan ke EPL musim depan - mungkin di luar keupayaannya, tetapi satu tempat play-off berada dalam jangkauan.



Kemenangan ke atas Leicester ini dikecapi dengan cara permainan yang bertenaga dan lebih penting lagi, melanjutkan rekod tidak kalah dalam 10 perlawanan terakhir.



Ini adalah kali kedua musim ini Blackburn menewaskan kelab EPL.



Mereka menewaskan West Ham dalam Piala Liga Carabao pada awal musim ini.



Kini ia telah merebut tiket untuk melangkah ke suku akhir Piala FA buat kali pertama sejak 2015.



"Semua pemain telah beraksi dengan baik," kata Tomasson, yang pernah menyarung jersi Newcastle dan AC Milan.



"Pertandingan Piala FA begitu penting dalam sejarah bola sepak di England dan kelab bola sepak ini begitu penting bagi penyokong.



"Justeru, kami menganggap serius pertandingan ini dan tidak akan mensesiakan sebarang peluang untuk mengorak langkah lebih jauh.



Dalam pada itu, kerapuhan Leicester pimpinan Brendan Rodgers, yang memenangi pertandingan yang sama dua tahun lalu, mungkin mencetus keprihatinan penyokongnya.



Leicester gagal menguasai perlawanan dan terkial-kial mencipta peluang gol sehingga 15 minit terakhir.



Namun, kekalahan ini bermakna Leicester boleh menumpukan perhatian penuh kepada usaha menyelamatkan diri dalam EPL.



Ia kini menduduki tangga ke-14 dan hanya tiga mata di atas tiga pasukan terbawah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >