Musim yang dimulakan semula bak pramusim, kata pemain EPL
Premium
Musim yang dimulakan semula bak pramusim, kata pemain EPL
May 4, 2020 | 5:30 AM
PERLU TINGKAT SEMULA KECERGASAN: Diogo Jota (jersi hijau, tiga dari kanan) bersaing merebut bola dengan Ousseynou Ba (jersi belang, merah/putih, kanan) daripada Olympiakos dalam perlawanan pusingan ke-16 terakhir Liga Europa pada 13 Mac. Perlawanan itu dimainkan dalam Stadium Karaiskakis di Piraeus, yang kosong. Penonton tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan itu di stadium sebagai langkah pencegahan Covid-19. - Foto AFP -
LONDON: Kurang masa beraksi di padang akan melahirkan keadaan 'mustahil' bagi pemain mencapai tempoh kecergasan terbaik apabila kempen Liga Perdana England (EPL) disambung nanti, kata pemain Wolverhampton Wanderers Diogo Jota.
Bola sepak profesional di England, bulan lalu, digantung angkara koronavirus Covid-19 yang telah membunuh lebih 20,000 orang di Britain.

