Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS WIMBLEDON

Nadal ambil keputusan mengecewakan undur dari Wimbledon

Jul 09, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Jaguh tenis Sepanyol, Rafael Nadal (gambar atas), terpaksa mengambil keputusan "mengecewakan" untuk mengundurkan diri dari separuh akhir kejohanan Wimbledon di mana beliau dijadual bertarung dengan pemain Australia, Nick Kyrgios.



Nadal, 36 tahun, berkata beliau tidak dapat mengatasi kecederaan di bahagian perut yang telah menjejas prestasinya sejak di suku akhir kejohanan awal minggu ini.



Selaku pilihan kedua di pertandingan Grand Slam ini, beliau terpaksa mendapatkan rawatan bagi kecederaan itu semasa perlawanan dengan Taylor Fritz, tetapi berjaya meneruskan perlawanan dan akhirnya menewaskan lawannya dalam lima set.



Namun, Nadal berkata beliau tidak lagi dapat menahan kesakitan yang dialaminya.



"Saya telah mencuba beberapa kali dalam kerjaya ini untuk mengharungi sakit dan meneruskan perlawanan tetapi bagi kecederaan ini, adalah jelas ia akan menjadi lebih teruk jika saya meneruskan perlawanan," kata beliau, yang mendedahkan otot di bahagian perutnya koyak dan beliau tidak boleh beraksi dalam dua perlawanan.



Beliau, juara Grand Slam 22 kali, telah meneruskan latihan kelmarin, tetapi membuat pengumuman itu dalam satu sidang media.



"Saya telah berfikir tentang perkara ini sepanjang hari dan saya kini memutuskan ia bukan satu manfaat bagi saya untuk meneruskan perjuangan di sini.



"Ia satu keputusan yang amat mengecewakan saya, tetapi saya tiada pilihan lain."



Menambah, Nadal berkata beliau tidak menyesali keputusan untuk meneruskan perlawanan suku akhir dengan Fritz, yang difahami telah memudaratkan keadaannya.



Pengunduran Nadal itu bermakna Kyrgios mara ke final secara automatik dan akan bertemu pemenang separuh akhir antara Novak Djokovic dengan Cameron Norrie.



Menulis di media sosial, Kyrgios berkata:



"Saya harap anda cepat pulih. Kami semua ingin melihat anda sihat seperti sedia kala." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >