Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS TERBUKA AUSTRALIA

Nadal simpati kepada Djokovic

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



MELBOURNE: Rafael Nadal berkata beliau bersimpati dengan nasib yang menimpa Novak Djokovic selepas tidak dibenarkan masuk Australia namun menambah pemain nombor satu dunia boleh beraksi tanpa sebarang masalah jika dia mahu berbuat demikian.



Djokovic dijangka mempertahan kejuaraan Terbuka Australia namun visanya dibatalkan sebaik tiba di Melbourne.



Pengecualian perubatan yang diberikan kepada bintang sensasi Serbia itu untuk beraksi di Australia cetuskan kontroversi.



Djokovic sebelum ini meluahkan bantahan terhadap program vaksin.



Kejohanan Terbuka Australia dijadualkan bermula pada 17 Januari ini.



"Saya fikir jika beliau mahu, beliau boleh beraksi di Australia tanpa sebarang masalah," kata Nadal, selepas mencatat kemenangan pada kejohanan pemanas badan di Melbourne.



"Beliau sudah mengambil keputusan dan setiap orang berhak membuat keputusan masing-masing tetapi terdapat beberapa kesan.



"Sudah tentu saya tidak suka dengan situasi yang berlaku. Bagaimanapun saya turut simpati dengannya. Pada masa sama beliau tahu perkara ini sejak beberapa bulan lalu, jadi beliau sudah membuat keputusannya."



Djokovic boleh membetulkan isu berkenaan segera dengan menjelaskan pihak berkuasa sempadan mengenai status vaksinasinya.



Dalam pada itu, Nadal yang dijangkiti Covid-19 bulan lalu berkata, beliau adalah seorang yang percaya kepada pengambilan vaksin bagi mengurangkan jumlah kematian.



"Saya pernah dijangkiti Covid-19. Saya juga sudah dua kali mengambil vaksin. Jika anda melakukan semua ini, anda tidak mempunyai masalah untuk beraksi di sini. Ia adalah perkara yang jelas.



"Perkara yang jelas bagi saya ialah jika anda mengambil vaksin, anda akan dapat beraksi di Terbuka Australia atau tempat lain. Dunia bagi saya sudah cukup menderita jika kita tidak mengikut peraturan ditetapkan''.



Djokovic itu sudah tiba di Melbourne Rabu lalu selepas memberitahu di media sosial yang beliau mendapat pengecualian perubatan untuk beraksi di kejohanan itu tanpa bukti sudah sepenuhnya mengambil vaksin Covid-19.



Pengecualian yang diberikan oleh penganjur Terbuka Australia selepas permohonannya dipertimbangkan dua panel perubatan itu mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Australia yang melalui sekatan pergerakan selama dua tahun akibat Covid-19.



Bagaimanapun juara sembilan kali Terbuka Australia itu akhirnya tidak diizinkan masuk ke Australia.



"Djokovic gagal memberikan bukti yang diperlukan untuk memenuhi syarat kemasukan ke Australia dan visanya kemudiannya dibatalkan.



"Bukan warganegara yang tidak memegang visa masuk secara sah atau yang dibatalkan visa mereka, akan ditahan dan dikeluarkan dari Australia.



"Pasukan Sempadan Australia akan terus memastikan mereka yang tiba di sempadan kami mematuhi undang-undang dan syarat kemasukan kami," kata Pasukan Sempadan Australia dalam satu kenyataan.



Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata dasar sempadan negara yang ketat amat penting untuk mengekalkan kadar kematian yang rendah.



"Peraturan tetap peraturan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan sempadan negara kita. Tiada sesiapa yang boleh mengatasi peraturan ini," katanya. - Agensi berita.




 ISU VISA JUARA BERTAHAN DIBATAL



"Beliau (Djokovic,) sudah mengambil keputusan dan setiap orang berhak membuat keputusan masing-masing tetapi terdapat beberapa kesan.

Sudah tentu saya tidak suka dengan situasi yang berlaku. Bagaimanapun saya turut simpati dengannya.''

- Rafael Nadal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >