Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA ke-28

Nahas motosikal pemain takraw mengejutkan, Team SG terus menyerlah di medan juang

Jun 08, 2015 | 09:39 AM



HARI keempat Sukan SEA ini (7 Jun) bermula dengan berita menyedihkan - pemain sepak takraw negara, Muhd Azreen Sairudin, terlibat dalam nahas motosikal yang turut mengorbankan adik pemain itu.


Namun, di medan pertandingan, Team Singapore terus menyerlah dengan menambah lagi sekurang-kurangnya lapan pingat emas lagi, menjadikan keseluruhan pungutan kepada 26 emas selain 20 perak dan 36 gangsa sejauh Sukan SEA Ke-28 ini.


Jaguh renang negara, Joseph Schooling, memulakan misinya memburu sembilan pingat emas di Sukan SEA Ke-28 ini dengan merangkul dua emas - sebutir acara individu dan sebutir dalam acara berganti-ganti - di hari kedua acara renang berlangsung di Pusat Akuatik OCBC semalam.


Dalam acara sulungnya, Schooling dan rakan sepasukan, Quah Zheng Wen, memastikan Team Singapore menduduki tangga 'satu-dua' perlumbaan 100 meter gaya bebas dengan perenang Vietnam, Hoang Quy Phuoc, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.


Masa catatan Schooling - 48.58 saat - juga merupakan rekod baru Sukan SEA, selain rekod baru nasional dan masa terpantas peribadinya.


Schooling, Quah dan dua rakan mereka lain - Danny Yeo dan Pang Sheng Jun - kemudian beraksi cemerlang apabila menjamin emas kedua negara di kolam renang melalui 4x200 berganti-ganti meter gaya bebas.


Awal sebelum itu, srikandi renang, Tao Li membuka tirai acara hari kedua dengan bergaya apabila meninggalkan pesaing-pesaingnya di belakang semasa memenangi perlumbaan 50 meter kuak kupu-kupu.


Masa catatan Tao Li - 26.58 saat - juga merupakan rekod baru temasya sukan ini.


Bola jaring turut menyaksikan emas bersejarah dengan pasukan pimpinan Ruth Aitken 'membalas dendam' tewas kepada Malaysia di temasya Sukan SEA 2001.


Kali ini, di Dewan OCBC, giliran Singapura merangkul emas apabila menewaskan musuh tradisinya, 46-43, dalam perlawanan yang turut disaksikan Presiden Tony Tan Keng Yam.


Singapura turut menguasai emas perlumbaan maraton - kali ini melalui Soh Rui Yong - yang meneruskan tradisi yang dimulakan oleh Mok Ying Reng yang menang emas maraton di Sukan SEA Myanmar dua tahun lalu.


Pasukan menembak turut menyerlah apabila Teo Shun Xie memenangi acara 10 meter pistol angin individu wanita yang berlangsung di Safra Yishun.


Bagi penembak, Anuar Abdullah, yang tampil di Sukan SEA pertamanya kerana acara yang disertainya itu - pistol kepersisan - dipertandingkan buat pertama kali di temasya sukan ini - ia satu pengalaman yang hebat sekali walaupun terpaksa berpuas hati dengan dua pingat perak - satu dalam acara berpasukan dan satu lagi dalam acara individu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >