APABILA sesi gimnasium srikandi penembak negara Jasmine Ser di Safra Yishun dibatalkan baru-baru ini, beliau pergi ke dapurnya - bukan untuk makan sakan tetapi bagi mencari barangan isi rumah yang boleh diguna bagi senaman!
Atlet berusia 28 tahun itu menemui sepaket beras seberat lima kilogram untuk dijadikan berat ketika mencangkung atau squat.