Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Nama bekas jurulatih Barca, Valverde, dikaitkan dengan MU

Nov 25, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United telah menghubungi bekas pengurus Barcelona, Ernesto Valverde, mengenai jawatan pengurus sementara.



Valverde, 57 tahun, adalah antara calon yang sedang dipertimbangkan untuk memimpin kelab Red Devils itu sehingga akhir musim ini sebelum United melantik pengurus tetap, dengan United kini fokus kepada menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.



Ini selepas lembaga pengarah United dikatakan rancangannya untuk mendapatkan khidmat Mauricio Pochettino serta-merta daripada Paris St Germain (PSG) mungkin tidak semudah yang disangka.



Pochettino, bekas pengurus Tottenham Hotspur, berkata beliau gembira di PSG dan tidak memikirkan mengenai jawatan di United.



Difahamkan, Valverde menjadi calon sesuai kerana merupakan jurulatih berpengalaman yang tidak meletakkan sasaran untuk mendapatkan jawatan itu secara tetap.



Jawatan pengurus terakhir jurulatih asal Sepanyol itu ialah bersama Barcelona dan beliau telah memimpin kelab Camp Nou itu menjuarai La Liga pada 2018 dan piala Copa del Rey sebelum dipecat pada Januari 2020.



Beliau juga memenangi kejuaraan liga di Greece sebanyak tiga kali dengan Olympiakos selain pernah memimpin Espanyol, Valencia dan Athletic Bilbao.



Valverde bagaimanapun tidak pernah terlibat dalam bola sepak di England dan tidak fasih bertutur bahasa Inggeris.



Namun, United merasakan sebagai pengurus berpengalaman, beliau sesuai untuk bekerjasama dengan pasukan jurulatih muda di Old Trafford termasuk Michael Carrick yang mengisi tempat Solskjaer secara sementara. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >