Subuh
5:40
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Naomi 'kembali' dengan kemenangan di Melbourne

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

TENIS

Naomi 'kembali' dengan kemenangan di Melbourne

Jan 06, 2022 | 05:30 AM

MELBOURNE: Warga Jepun Naomi Osaka membuat comeback selepas empat bulan tidak beraksi dengan kemenangan dalam pusingan pertama acara Melbourne Summer Set kelmarin.

Juara bertahan Terbuka Australia itu, 24 tahun, berehat daripada tenis untuk tempoh waktu yang tidak ditetapkan selepas kekalahan pusingan ketiga di Terbuka AS September lalu.

Persembahan beliau kelmarin jauh daripada yang terbaik namun cukup untuk menewaskan pemain PerancIS, Alize Cornet 6-4 6-3 6-3.

Osaka melakukan 57 kesilapan sendiri, termasuk lapan double fault.

Tetapi, selepas perlawanan itu, beliau berkata beliau menghampiri tahun 2022 dengan sikap baru terhadap permainannya.

"Saya benar-benar ada hanya satu matlamat besar tahun ini - saya ingin rasa saya sedang berseronok setiap kali saya masuk ke gelanggang.

"Saya dapat keluar dari gelanggang mengetahui walaupun saya kalah, saya telah cuba sedaya upaya saya.

"Saya jenis orang yang terlalu mengambil berat tentang keputusan dan ranking. Saya perlu mencari jalan untuk menikmati semula permainan kerana itulah sebab mengapa pada mulanya saya bersaing."

Di Terbuka Perancis tahun lalu, juara empat Grand Slam itu berkata beliau tidak mahu menyertai sidang media untuk melindungi kesihatan mentalnya.

Beliau kemudian menarik diri daripada kejohanan itu dan terlepas beraksi di Wimbledon untuk berehat daripada tenis, kerana mengalami kegelisahan dan kemurungan.

Osaka kembali beraksi di tanah airnya dalam Sukan Olimpik di Tokyo, di mana beliau menyalakan kawah di majlis pembukaan sebelum tumpas di pusingan ketiga.

Selepas itu, beliau menyaksikan pertahanan kejuaraannya di Terbuka AS ditamatkan oleh finalis Leylah Fernandez di pusingan ketiga sebelum mengundur diri daripada sukan itu sekali lagi. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3