Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Naomi tersingkir dalam pusingan ketiga

Jul 28, 2021 | 5:30 AM
HARAPAN TUAN RUMAH DISINGKIR: Osaka dicabar dalam persembahan yang penuh kesilapan di bawah bumbung gelanggang tengah di Ariake Tennis Park dan disingkirkan dalam masa 68 minit. - Foto EPA-EFE
HARAPAN TUAN RUMAH DISINGKIR: Osaka dicabar dalam persembahan yang penuh kesilapan di bawah bumbung gelanggang tengah di Ariake Tennis Park dan disingkirkan dalam masa 68 minit. - Foto EPA-EFE -

TOKYO: Pemain tenis Jepun Naomi Osaka mengalami kekalahan 6-1, 6-4 di tangan Marketa Vondrousova dari Republik Czech dalam pusingan ketiga Sukan Olimpik Tokyo semalam, memusnahkan harapan beliau memenangi pingat emas Sukan Olimpik di padang sendiri.

Osaka, 23 tahun, yang dipilih menyalakan kawah Sukan Olimpik semasa majlis pembukaan, dicabar dalam persembahan yang penuh kesilapan di bawah bumbung gelanggang tengah di Ariake Tennis Park dan disingkirkan dalam masa 68 minit.

Osaka, pemain kegemaran tuan rumah, telah menjadi pemain ranking tertinggi yang tinggal selepas penyingkiran awal pemain nombor satu dunia Ashleigh Barty.

"Berapa kecewa saya? Maksud saya, saya kecewa dalam setiap kekalahan, tetapi saya rasa kekalahan ini seperti lebih teruk daripada yang lain," kata pemenang Grand Slam empat kali itu.

Ditanya kesalahan apa yang berlaku dalam perlawanan, beliau menjawab: "Semuanya - sekiranya anda tonton perlawanan itu, anda akan boleh lihat. Saya rasa seperti ada banyak perkara yang saya harapkan yang tidak boleh saya harapkan hari ini."

Kekalahan pusingan ketiga itu muncul selepas beberapa bulan yang huru-hara bagi Osaka, yang mengabaikan kempen Terbuka Perancis beliau pada Mei lalu selepas enggan menghadiri persidangan akhbar, menyatakan kehendak beliau untuk melindungi kesihatan mentalnya.

Osaka juga tidak beraksi di Wimbledon, mengatakan beliau telah mengalami kemurungan dan kegelisahan, sebelum pulang ke Tokyo untuk penampilan sulung beliau di Sukan Olimpik yang termasuk peranan utamanya di majlis pembukaan.

"Saya tentunya rasa bahawa ada tekanan yang banyak bagi (temasya) ini. Saya rasa ia mungkin sebab saya belum pernah bersaing dalam Sukan Olimpik sebelum ini dan untuk tahun pertama, ia agak tertekan," kata Osaka.

Selepas kelihatan yakin dalam dua pusingan pertama setelah lapan minggu berehat, Osaka membuat permulaan yang teruk dan tidak pernah pulih daripada kedudukan itu.

'Saya pernah ambil tempoh rehat yang panjang sebelum ini dan saya menanganinya dengan baik. Saya tidak katakan bahawa saya beraksi teruk buat masa ini, tetapi saya tahu bahawa jangkaan saya lebih tinggi.

"Saya rasa sikap saya tidak bagus sebab saya tidak tahu bagaimana untuk tangani tekanan itu jadi itulah yang terbaik boleh saya lakukan dalam situasi ini," kata Osaka, pemain pilihan nombor dua kejohanan itu.

Vondrousova, yang menduduki ranking ke-142, akan berdepan sama Paula Badosa dari Sepanyol atau Nadia Podoroska dari Argentina.

Pemain pilihan nombor empat kejohanan, Elina Svitolina dari Ukraine adalah pemain ranking tertinggi wanita yang tinggi di Tokyo. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg