Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nasib AS, Britain berbeza

* Menghampakan, pasukan lari berganti-ganti 4x100m lelaki AS gagal ke final * Pasukan bola keranjang lolos ke peringkat akhir
Aug 06, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Team USA mengharungi hari bak 'roller-coaster' semalam, dengan pasukan bola keranjang lelaki yang dibintangi pemain NBA bangkit untuk melangkah ke final.



Namun pasukan 4x100 meter lari berganti-ganti lelaki gagal mara ke final, selepas mencatatkan masa di bawah jangkaan di separuh akhir.



Team USA bangkit selepas permulaan yang hambar dalam separuh akhir bola keranjang lelaki menentang Australia untuk menewaskan lawan 97-87 dan melangkah ke final Olimpik keempat berturut-turut.



Australia mendahului Team USA dengan 15 mata pada suku kedua, tetapi juara bertahan bagi tiga edisi Olimpik itu bangkit untuk menjaringkan 34 mata berturut-turut untuk menewaskan lawan.



Kebangkitan itu dipimpin bintang NBA Kevin Durant dan Devin Booker, dengan Booker menjaringkan lebih banyak mata berbanding seluruh pasukan Australia dalam suku ketiga.



Team USA akan bertemu Perancis atau Slovenia dalam perlawanan pingat emas esok.



"Saya perlu memuji Australia kerana mereka memulakan perlawanan dengan hebat dan membuat kami begitu tertekan," kata Durant, yang menjaringkan 23 mata, lebih tiga berbanding Booker.



"Namun, kami berjaya menambah momentum pada separuh masa pertama dan pemain kami merancakkan permainan dan berjaya menjaringkan lebih banyak mata.



"Itulah masanya kami menunjukkan siapa kami sebenarnya... kami tidak cemas dan bermain tanpa gentar, terutama dalam suku ketiga."



Sementara itu, langkah Olimpik pasukan 4x100 meter lari berganti-ganti lelaki Team USA telah berakhir, selepas ia mengakhiri perlumbaan saringan di tempat keenam dengan masa 38.10 saat



Ikon lari pecut Amerika Carl Lewis berkata kegagalan itu adalah satu kejadian yang menghampakan, apabila diminta mengulas mengenai persembahan Trayvon Bromell, Fred Kerley, Ronnie Baker dan Cravon Gillespie.



"Pasukan USA melakukan kesilapan dalam serba-serbi pada perlumbaan itu," kata Lewis.



"Sistem sampaikan baton salah, atlet yang berlari di tempat yang salah.... adalah jelas tiada kepimpinan dalam pasukan ini," tambah beliau.



China menang pusingan saringan itu dalam masa 37.92 saat, diikuti dengan Canada yang mencatat masa 37.94 saat.



Italy di tempat ketiga dalam masa 37.95 saat, dengan ketiga-tiga pasukan melayakkan diri ke final.



Jerman (38.06 saat) dan Ghana (38.08 saat) masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima, untuk mendahului Amerika dalam perlumbaan itu.



Menulis di media sosial, Lewis membandingkan pasukan 4x100 meter lelaki negaranya itu dengan pasukan amatur.



"Mereka benar-benar menghampakan... kesemuanya. Perkara ini tidak boleh diterima, apabila sebuah pasukan USA kelihatan lebih buruk daripada kanak-kanak di Kesatuan Atletik Amatur (AAU) yang pernah saya lihat." - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >