Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Nasib Lampard mungkin jadi 'buruk'

Pengurus Chelsea perlu kembalikan rentak kemenangan pasukannya
Dec 30, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Kedudukan Frank Lampard di Chelsea mungkin akan berubah menjadi "buruk" sekiranya pasukan itu gagal kembali pada rentak kemenangan, kata bekas penyerangnya Chris Sutton.



Pasukan The Blues berpeluang berada di puncak saingan Liga Perdana England (EPL) dengan kemenangan mereka ke atas Everton pada 12 Disember lalu.



Namun keputusan seri 1-1 yang diraih ketika menentang Aston Villa bermakna mereka hanya berjaya membawa pulang empat mata dari lima perlawanan sekali gus menyaksikan mereka kini di tangga keenam.



"Buat masa ini, mereka merupakan kelab yang menghadapi krisis kerana mereka gagal memberikan persembahan yang dijangkakan," kata Sutton.



"Rentak permainan mereka tidak begitu bersemangat dan oleh itu Frank perlu mendapatkan kemenangan semula dengan pantas, kerana kita tahu perkara ini boleh berubah menjadi buruk."



Keputusan Stamford Bridge itu juga bermakna Chelsea kini gagal untuk meredakan tekanan yang semakin dirasakan Lampard.



Anak buah Lampard sekarang hanya mencatat satu kemenangan daripada lima perlawanan terakhir liga untuk berada enam mata di belakang pendahulu, Liverpool di tempat keenam dan kurang satu perlawanan daripada penyandang juara itu.



Chelsea juga berada di belakang Villa yang dipisahkan dengan perbezaan jaringan tatkala pasukan bimbingan Dean Smith itu masih mempunyai dua baki perlawanan di dalam tangan dan pelawat sudah berasa lega selepas berjaya membawa pulang satu mata.



"Sekarang adalah tempoh yang sangat sukar. Kita harus berusaha untuk mendapatkan kemenangan dan menjadi lebih kuat," kata Lampard.



"Anda ingin mendapatkan keputusan yang baik pada penghujung tahun ini. Saya dapat merasakan kekecewaan pemain selepas perlawanan kerana mereka ingin menang.



"Beberapa minggu yang lalu, orang ramai sering mengaitkan kami sebagai pencabar takhta liga. Namun sekarang merupakan masa yang sukar dan pemain baru kami akan hanya menjadi lebih bagus selepas ini."



Lampard melakukan enam perubahan daripada skuad yang tewas di tangan Arsenal Sabtu lalu.



Chelsea mengerahkan tenaga penyerang Olivier Giroud untuk perlawanan ini dan pemain antarabangsa Perancis itu membuktikan kemampuannya selepas menanduk masuk hantaran silang Ben Chilwell bagi membuka tirai jaringan.



Sementara itu, Smith pula hanya melakukan satu perubahan daripada skuad yang beraksi 45 minit 10 pemain ketika mengalahkan Crystal Palace 3-0 Ahad lalu.



Bagaimanapun, Villa tidak menunjukkan sebarang keletihan pada separuh masa kedua dan menyamakan kedudukan apabila Anwar El Ghazi meledak gol kelimanya selepas menerima hantaran lintang Matty Cash.



"Saya tidak melihat pemain saya berasa letih. Saya sangat mempercayai jika seseorang pemain itu beraksi banyak kali tapi tetap hebat, anda harus mempercayai kemampuan mereka," kata Smith.



Chelsea bakal bertemu Manchester City Isnin depan dalam perlawanan EPL seterusnya, sebelum menentang pasukan liga kedua, Morecambe dalam aksi Piala FA pada 10 Januari.



Namun, City terpaksa menangguhkan perlawanan mereka dengan Everton disebabkan penularan Covid-19, dan Morecambe juga menyaksikan dua perlawanan mereka dibatalkan.



Ditanya mengenai kemungkinan jadual perlawanan pasukannya akan terganggu, Lampard berkata: "Kita harus mengharungi detik itu apabila datang.



"Covid merupakan detik yang pelik bagi kita semua. Kita semua dapat merasakan bahawa bulan ini akan menjadi masa yang sukar dengan peningkatan kes. Bola sepak bukanlah keutamaan sekarang." - AFP, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >