Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ANTARABANGSA

Nasib Maguire dalam pasukan England jadi tanda tanya

Oct 03, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Gareth Southgate mendapat apa yang beliau ingin daripada England, sekiranya ukur taranya adalah semangat dan keinginan.



Namun beliau tidak mendapatkannya daripada salah seorang pemainnya, Harry Maguire dan penjaga gawang Nick Pope.



Pengurus itu ternyata menguji kesabaran peminat England, apabila beliau menganggap bahawa kekalahan mengejut kepada Italy sebagai "langkah ke arah yang betul".



Tapi pasukannya mempamerkan semangat berpasukan dalam perlawanan dengan Jerman yang berakhir dengan seri 3-3.



Ia perlawanan terakhir mereka sebelum Piala Dunia di Qatar.



England sedang berada dua gol di belakang dan seolah-olah di ambang kekalahan mereka yang ketiga berturut-turut.



Mujur gol pembukaan hasil jaringan Luke Shaw disusuli Mason Mount dan penyerang berbisa mereka, Harry Kane, yang menyempurnakan penalti bagi memberi harapan kepada England.



Sementara bagi Jerman pula, mereka membuka jaringan pertama menerusi Ilkay Gundogan selepas Maguire menjatuhkan Kamal Musiala dalam petak penalti.



Satu lagi gol Jerman berikutan kesilapan Maguire membuka peluang kepada Kai Havertz untuk membuka jaringan kedua pasukan Jerman.



Kesilapan benteng pertahanan England ternyata tidak membantu pasukan itu apatah lagi menyusuli kecederaan hamstring yang memaksa John Stones digantikan dalam separuh masa pertama.



Persembahan seorang lagi pemain England, Eric Dier, juga tidak memberangsangkan.



Apabila Jerman mendahulu England 2-0, ia seolah-olah memberi isyarat bagi satu lagi kekalahan buat pasukan itu.



Namun tiga gol yang dijaringkan England dalam tempoh 12 minit bagai memberi harapan kepada pasukan itu.



Ternyata pasukan England mempunyai kekuatan dan mampu mengancam pasukan lawan.



Malangnya dengan permainan tinggal hanya tiga minit, Nick Pope, membuat kesilapan apabila gagal menyelamatkan dengan kemas percubaan Serge Gnarby - sebelum disambar Kai Havertz bagi jaringan ketiga Jerman.



Keputusan seri itu bermakna ini merupakan tempoh paling lama England tidak menang perlawanan mereka sejak April hingga Jun 1993.



Meskipun begitu di akhir perlawanan dan selepas wisel penamat ditiup, para peminat tetap memberikan tepukan gemuruh seolah-olah mereka berasakan masih ada harapan untuk England bangkit dalam Piala Dunia kelak.



Jude Bellingham menunjukkan rentak permainan baik sekali lagi, dan pastinya sesuai dimainkan untuk piala Dunia, sementara pemain gantian Mason Mount dan Bukayo Saka mempamerkan keinginan dan sikap positif mereka dalam pasukan itu.



England mungkin telah membuat para peminatnya gembira seketika, namun masalahnya sekarang ialah Maguire menunjukkan mengapa beliau dikeluarkan Manchester United dan mengapa pula Gareth Southgate masih menaruh harapan ke atas pemain ini.



Pemain pertahanan England itu agak "lembab" dan bagaikan tidak pasti bila untuk memberikan reaksi, sehingga memberi peluang kepada penyerang lawan menyambar kelemahannya itu.



Bagaimana pula semasa Piala Dunia kelak, mungkinkah Maguire terus diletakkan sebagai kesebelasan utama England? Kita nantikan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >