Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nasib malang bola sepak Brazil berterusan, tersingkir pula dari Copa Amerika

Jun 28, 2015 | 11:02 AM



CONCEPCION (Chile): Juara dunia sebanyak lima kali, Brazil, tersingkir daripada Copa Amerika selepas kalah mengejut kepada Paraguay dalam satu perlawanan suku akhir yang berakhir sebentar tadi (28 Jun).


Selepas pertarungan terikat 1-1, penyerang Paraguay, Derlis Gonzalez, muncul sebagai wira pasukannya apabila menyempurnakan sepakan penaltinya untuk kemenangan 5-4, sekali gus mengembalikan kenangan hebat Paraguay semasa menyingkirkan Brazil juga di kejohanan itu empat tahun lalu.


Kemenangan itu meletakkan Paraguay di separuh akhir kejohanan Copa Amerika kali ini di mana mereka akan menentang sebuah lagi bekas juara dunia, Argentina, yang sebelum ini juga memerlukan babak sepakan penalti untuk menewaskan Colombia.


"Melihat rakan-rakan lain menitiskan air mata kegembiraan, ia sesuatu yang tidak ada tolok bandingannya," ujar Gonzalez, yang menyarungi jersi kelab Switzerland, FC Basel, selepas kemenangan itu.


Satu lagi perlawanan separuh akhir akan melihat pertemuan antara dua musuh ketat yang berjiran - hos, Chile, menentang Peru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >