Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BINA BADAN

Nasihat Rohmat kepada atlet muda

Jul 18, 2021 | 05:30 AM



"KALAU mahu maju, perlu fokus dan gunakan yang asli. Elak steroid dan bahan yang terlarang dalam sukan."



Demikian nasihat 'Bapa Bina Badan Singapura' Rohmat Juraimi atau yang lebih mesra dengan panggilan 'Abang Abu' dalam kalangan anak buahnya, kepada atlet muda dalam satu interviu khas dengan Berita Minggu baru-baru ini.



Rohmat, yang kini berusia 75 tahun, pulang dan berada di Singapura sejak awal tahun lalu kerana pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia.



Beliau membuka dan menguruskan sebuah gimnasium di Damansara Utama, Kuala Lumpur, selepas bersara daripada bina badan pada 1977.



"Alhamdulillah saya sihat. Adalah saya hadapi masalah jantung kerana keturunan dan dulunya banyak makan daging untuk membina badan saya," terang Rohmat, ayah tiga anak dan lapan cucu. "Selain itu, saya sihat."



Menyambung nasihatnya kepada bakat bina badan muda yang bercita-cita mewakili negara, beliau, yang memulakan kebangkitan jaguh-jaguh bina badan Singapura dengan menduduki tempat keenam dalam penampilan pertama di Kejohanan Mr Universe Persekutuan Bina Badan Antarabangsa (IFBB) di New York, Amerika Syarikat, berkata mereka perlu mendapatkan bimbingan daripada jurulatih berpengalaman.



"Jika anda bercita-cita wakili negara, anda perlu fokus," kata Rohmat, yang pernah membimbing juara bina badan generasi seterusnya seperti Ibrahim Sihat, Roslan Bujang, Azman Abdullah dan ramai lagi.



"Anda perlu ada matlamat sama ada mahu jadi juara atau loser (yang kalah).



"Untuk mencapai impian anda itu, anda perlu sanggup bekerja keras dan membuat banyak pengorbanan.



"Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Elakkan steroid atau gunakan bahan yang terlarang dalam sukan.



"Minta nasihat jurulatih berpengalaman. Boleh datang jumpa saya, Ibrahim Sihat ada, Abdul Halim Haron pun ada. Mereka ini, dan yang ada gelaran juara, berpengalaman kerana pernah bertanding di peringkat Asia dan antarabangsa."



Pada masa yang sama, Rohmat turut melahirkan keprihatinan terhadap perkembangan sukan bina badan setempat yang belum mendapat pengiktirafan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).



"Rugi kalau Persatuan bagi Sukan Bina Badan dan Susuk Badan (Singapura) tidak mendapat sokongan SNOC.



"Ini penting bagi pembangunan sukan bina badan Singapura. Sayang kerana dulu bina badan menjadi penyumbang banyak pingat emas dan kejuaraan untuk negara.



"Tetapi saya setakat ikut perkembangan sahaja, saya tak berani nak cakap apa-apa dan tidak mahu campur tangan," tambah Rohmat.



Menurut beliau, dalam zamannya dan ketika membimbing anak buahnya yang termasuk Ibrahim dan Azman, yang muncul sebagai satu-satunya juara Mr Universe pada 1993, Mr Asia selain banyak lagi pingat emas dalam Sukan SEA, mereka menggunakan cara yang asli untuk berjaya iaitu bekerja keras dan sanggup berkorban.



"Bagi yang datang berjumpa saya, saya selalu bertanya dah berapa banyak kau lakukan?



"Sit-up dah berapa kali? Dah jaga makan? Apa yang kau makan? Berapa banyak telur kau makan? Kau makan dengan kulit-kulitnya ke tak?



"Saya dulu buat sit-up 3,000 kali tanpa henti, makan hampir 100 biji telur sehari. Mr Universe Lou 'The Hulk' Ferrigno sendiri beritahu saya makan dengan kulitnya sekali - dikisar - supaya tulang kita jadi keras.



"Kami dulu tak pakai losyen atau pewarna badan. Kami benar-benar berjemur di tengah panas selama tiga empat jam sehari selama berbulan di pantai East Coast untuk menghilangkan air dari tubuh dan supaya kelihatan cantik dan menarik di mata pengadil.



"Banyak yang perlu dilakukan untuk jadi juara. Sebab itu anda perlu fokus, kalau tak, tak boleh menjadi. Kalau tak sanggup fokus, tak payah buang masa," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >