Topik diikuti
Pergi ke BHkuNasihat Schooling kepada Davis: Ikut keinginan hati dan rancang yang terbaik untuk diri anda
Nasihat Schooling kepada Davis: Ikut keinginan hati dan rancang yang terbaik untuk diri anda
Nasihat Schooling kepada Davis: Ikut keinginan hati dan rancang yang terbaik untuk diri anda
JUARA Olimpik Joseph Schooling berkata bahawa beliau faham apa yang dilalui Ben Davis, tetapi atlit 23 tahun itu berharap pemain tengah Fulham tersebut akan terus meletakkan impian yang ingin dicapai.
"Memang keadaan ini sukar baginya, tetapi nasihat saya kepadanya adalah untuk mengikuti impiannya, ikut hatinya, melakukan apa yang perlu dilakukan," kata Schooling semasa ditemui di majlis penyampaian Anugerah Sukan Singapura malam semalam di mana beliau ditabal Olahragawan Negara untuk rekod kali kelima.
"Jelas sekali saya berada dalam sukan yang berbeza, dalam situasi yang juga berbeza. Saya tidak boleh memberikannya nasihat tentang apa yang perlu dilakukan.
"Dia perlu berbincang dengan ibu bapanya dan memutuskan rancangan terbaik bagi dirinya."
Schooling salah seorang daripada tiga atlit yang berjaya menangguhkan Perkhidmatan Negara (NS) jangka panjang- selain perenang Quah Zheng Wen, yang berjaya menangguhkan NS untuk bersaing di Olimpik 2016 dan sekali lagi bagi Sukan 2020 di Tokyo. Selain itu, Maximillian Soh, telah berjaya menangguhkan NS selama setahun pada 2007 untuk bersaing dalam Olimpik Beijing 2008.