Premium
Nassar mengaku bersalah atas pelbagai tuduhan seks
Nov 24, 2017 | 5:30 AM

PERBUATAN KEJI: Antara mangsa Nassar (kanan), bekas doktor bagi pasukan gimnastik Amerika, berusia di bawah 13 tahun. - Foto AFP -
LANSING (Amerika Syarikat): Bekas doktor pasukan gimnastik Amerika Syarikat, Lawrence Nassar, yang didakwa mencabul kehormatan beberapa atlit sepanjang bertugas puluhan tahun yang lalu, mengaku bersalah pelbagai salah laku seks jenayah di sini kelmarin.
Nassar, yang bertugas dengan Gimnastik Amerika hampir tiga dekad lalu yang merangkumi empat temasya Sukan Olimpik, berhadapan hukuman penjara selama 25 tahun di atas semua dakwaan yang dibuat ke atasnya di Michigan.

