Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 23 TAHUN AFF

Nazri gesa skuad muda terus juang apabila temu Vietnam nanti

Dengan skuad dibelenggu masalah Covid-19, Singa Muda buka kempen dengan kekalahan 1-3 kepada Thailand
Feb 18, 2022 | 05:30 AM



SEMANGAT juang pasukan Singapura tidak pudar dan para pemain tidak akan menyerah kalah.



Demikian laungan keyakinan ketua jurulatih pasukan nasional Bawah 23 Tahun (U23), Nazri Nasir, meskipun anak buahnya mengalami permulaan kempen yang tidak diiginkan dalam Kejohanan U23 Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menyusuli kekalahan 1-3 di tangan Thailand.



Pasukan Singa Muda, yang dibelenggu masalah kekurangan pemain dek diuji positif bagi Covid-19, akan berdepan satu lagi cabaran sukar - menentang Vietnam dalam perlawanan terakhir Kumpulan C mereka pada Sabtu ini, bagi peluang menempah tiket ke separuh akhir kejohanan belia yang berlangsung di Kemboja itu.



Tujuh daripada 24 pemain dalam skuad Singapura disahkan positif.



Tiga pemain - Raoul Suhaimi, Farhan Zulkifli dan Zamani Zamri - telah diuji positif pada hari sebelum perlawanan dan telah dipindahkan ke kemudahan kuarantin tempatan untuk menjalani pemulihan.



Nazri, dalam satu sidang media selepas perlawanan kelmarin, mendedahkan bahawa tiga pemain itu perlu mengasingkan diri selama sekurang-kurangnya sembilan hari dan tidak akan terlibat dalam perlawanan Singapura pada Sabtu ini.



Skuad Singapura juga tanpa empat lagi pemain - pemain pertahanan Irfan Najeeb, pemain midfield Daniel Goh dan penyerang Zikos Chua dan Khairin Nadim - yang diuji positif minggu lalu dan tidak dapat berangkat bersama skuad Sabtu lalu.



Beberapa kecederaan yang dialami dalam kekalahan malam kelmarin memburukkan lagi keadaan Singapura.



Nazri mengesahkan pemain bek kiri Danish Irfan, yang dikeluarkan dari padang seawal 11 minit perlawanan selepas cedera, tidak akan dapat diturunkan dalam perlawanan seterusnya.



Penjaring gol tunggal Singapura dalam perlawanan Ilhan Fandi dan rakan penyerang Nicky Melvin Singh turut digantikan dalam babak kedua akibat kecederaan.



Ini bermakna Singapura berkemungkinan akan hanya mempunyai seorang saja pemain penyerang, Glenn Kweh, apabila berdepan Vietnam nanti.



Walaupun diduga pelbagai masalah, Nazri berkata anak buahnya terus bersikap positif.



"Seperti anda lihat, kami tinggal hanya tiga pemain outfield (pemain yang bukan penjaga gawang) dan dua penjaga gol di bangku simpanan. Keadaan dalam pasukan sangat mencabar.



"Tapi, kami tidak berputus asa dan apa yang penting untuk dua hari seterusnya adalah untuk kami fokus pada pemulihan dan memastikan kami bersedia," kata beliau.



Kemenangan ke atas Vietnam Sabtu ini akan mencerahkan peluang Singapura mara ke separuh akhir kejohanan.



Hanya tiga juara kumpulan dan pasukan tempat kedua terbaik akan bersaing di peringkat separuh akhir pada 24 Februari.



Di Stadium Prince di Phnom Penh kelmarin, tandukan penyerang Ilhan meletakkan Singapura di depan pada minit ke-16.



Namun, Thailand bangkit menyamakan keadaan menerusi jaringan Teerasak Poeiphimai sebelum waktu rehat.



Thailand kemudian menambah dua gol dalam babak kedua hasil sumbangan Niphitphon Wongpanya pada minit ke-57 dan gol kedua Teerasak lima minit kemudian, untuk memungut tiga mata penuh pasukan.



Dalam pada itu, pasukan Singa Muda malam kelmarin juga diberikan 'lampu hijau' oleh Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC) untuk bertanding di Sukan SEA di Hanoi pada 12 hingga 23 Mei nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >