Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK NASIONAL

Nazri pimpin Singa bagi saingan Siri Tiga Negara FAS

Mar 18, 2022 | 05:30 AM



JURULATIH Singa Muda Nazri Nasir akan memimpin pasukan senior nasional senior bagi Siri Tiga Negara FAS 2022, iaitu kejohanan persahabatan antarabangsa antara tiga pasukan 'A' yang diadakan di Singapura pada 23 hingga 29 Mac ini.



Pasukan Singa akan menentang Malaysia pada 26 Mac dan Filipina pada 29 Mac, manakala pasukan Harimau Malaya berdepan The Azkals pada 23 Mac.



Sehingga 15,000 penyokong dibenarkan hadir menonton kedua-dua perlawanan pasukan Singa - bilangan rekod penonton semasa pandemik - sementara had bilangan penonton bagi perlawanan antara Malaysia dengan Filipina adalah 5,000. Ketiga-tiga perlawanan akan dimainkan di Stadium Negara dan dijadual bermula pada 8 malam.



Ini merupakan kali kedua Nazri dilantik membimbing skuad senior, berikutan Piala Airmarine, yang diadakan di Malaysia pada 2019. Singapura mengalahkan Malaysia 1-0 dan seri 1-1 dengan Oman sebelum tewas 4-5 melalui sepakan penalti.



Nazri berkata: "Ia sentiasa menjadi satu penghormatan untuk dipilih memimpin pasukan nasional untuk mana-mana perlawanan antarabangsa. Saya bekerja rapat dengan bekas jurulatih pasukan nasional Tatsuma Yoshida sebagai penolongnya ketika beliau menyertai pasukan kami pada 2019.



"Saya berharap dapat membawa falsafah dan gaya permainan sama yang Tatsuma terapkan dalam pemain dan pada masa yang sama, melaksanakan taktik dan strategi saya sendiri bagi membantu pasukan di Siri Tiga Negara ini."



Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) juga berkata jurulatih baru pasukan Singa dijangka dilantik April ini - dan bukannya seperti yang diumumkan pada Januari lalu bahawa kekosongan kerusi panas jurulatih itu akan dapat diisi pada bulan ini.



Ujian besar pertama jurulatih baru itu adalah kelayakan Piala Asia pada 8 hingga 14 Jun ini menentang tuan rumah Kyrgyzstan, Tajikistan dan Myanmar.



Tiket bagi Siri Tiga Negara berharga $20 bagi orang dewasa dan $10 bagi pelajar berusia 16 tahun dan bawah dan warga tua berusia 60 tahun dan ke atas. Ia akan mula dijual pada 10 pagi ini di laman web FAS.



Penyokong boleh mendapat diskaun 10 peratus apabila membeli tiket bagi kedua-dua perlawanan Singapura, dan boleh juga membeli tiket di pejabat tiket Hab Sukan di luar Kallang Wave pada hari perlawanan mulai 10 pagi hingga 9.30 malam.



Penonton akan perlu menunjukkan bukti status vaksinasi penuh mereka, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun dan bawah yang dikecualikan daripada vaksinasi mesti ditemani orang dewasa berusia 21 tahun dan ke atas.



Sejajar dengan kelonggaran langkah pengurusan selamat baru-baru ini, penyokong akan dapat duduk tanpa perlu mematuhi jarak sosial tetapi harus memakai pelitup pada setiap masa. Penonton luar negara dinasihati memuat turun aplikasi TraceTogether untuk dibenarkan masuk ke stadium.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >