Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA LIGA

Newcastle hampiri final Piala Liga

Jan 26, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Sejak menjadi milik syarikat pelaburan kerajaan Arab Saudi, pasukan Newcastle United mampu berbelanja besar untuk mendapatkan pemain.



Namun, wang £10 juta ($16.2 juta) yang dibelanjakan untuk mendapatkan khidmat penjaga gawang Burnley, Nick Pope, mungkin pelaburan paling baiknya sejauh ini.



Ternyata nilai yang diperolehi daripada penjaga gawang ini tidak terbilai untuk pasukan tersebut sedang ia kini selangkah lebih hampir untuk menjulang trofi yang kali terakhir dimenangi mereka pada 1969.



Newcastle kini mempunyai 'satu kaki' ke perlawanan akhir Piala Carabao selepas gol jaringan Joelinton pada separuh masa kedua memberi kemenangan tipis, 1-0, ke atas Southampton.



Perlawanan kedua peringkat separuh akhir ini akan berlangsung pada 1 Februari ini di Newcastle.



Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Nottingham Forest bertemu Manchester United.



Dalam perlawanan antara Newscastle dengan Southampton, Pope bermain cemerlang dibantu pula dengan benteng pertahanannya yang kukuh.



Pope berjaya menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi sebanyak dua kali menerusi serangan berbahaya pihak lawan, dan ini bermakna beliau berjaya memastikan tiada sebarang gol membolosi gawangnya dalam 10 perlawanan berturut-turut - bagi semua pertandingan.



Ini bermakna beliau menjadi penjaga gawang pertama dalam Liga Perdana England (EPL) yang berjaya berbuat demikian sejak Ogos 2012.



Dalam musim ini sahaja beliau berjaya memastikan gawangnya tidak dibolosi dalam 16 daripada 24 perlawanan, sementara penjaga gawang Manchester United pula di kedudukan kedua dengan 12 daripada 27 perlawanan.



Dengan keyakinan yang dipamerkan, dan dibantu pula benteng pertahanan yang stabil menjadikan pasukan tersebut digeruni pasukan lawan.



Statistik cemerlang Pope menjadi lebih hebat apabila beliau tidak melepaskan sebarang gol daripada membolosi gawangnya sejak kemenangan mereka ke atas Southampton di padang lawan pada 6 November lalu.



Newcastle menang 1-4 dalam perlawanan itu.



Sehinggakan rakan sepasukannya, Bruno Guimaraes, melabelkan penjaga gawangnya itu sebagai yang terbaik di dunia.



Pope merupakan antara pemain dalam skuad England semasa Piala Dunia di Qatar, di mana beliau dianggap sebagai pilihan ketiga di belakang Jordan Pickford dan Aaron Ramsdale.



Pengurus Newscastle, Eddie Howe, pernah dikritik semasa beliau memimpin Bournemouth kerana gagal mengukuhkan bahagian pertahanannya ketika itu.



Tapi kini Howe berjaya memberikan keyakinan kepada para peminat Newcastle terhadap barisan pertahanannya yang dibarisi para pemain seperti Kieran Trippier, Sven Botman dan Dan Burn dengan Pope penjaga gawangnya.



Hasilnya beliau boleh berbangga dengan pencapaian kelab tersebut pada ketika ini - menduduki tempat ketiga di belakang Arsenal dan Manchester City.



Meskipun bilangan jaringan mereka mula berkurangan, namun beliau boleh berpuas hati dengan persembahan anak buahnya pada ketika ini yang boleh dianggap sebagai antara yang terbaik dalam EPL. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >