Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA ENGLAND: WOLVES LWN NEWCASTLE

Newcastle sehati, tumpuan Wolves pula terganggu

Aug 28, 2022 | 06:19 AM



LONDON: Tempoh empat bulan boleh mengundang perubahan yang begitu ketara, sekurang-kurangnya bagi Newcastle United.



Hanya empat bulan lalu, Newcastle menerima kunjungan Wolverhampton Rovers ke St James' Park di tangga ke-15 dalam Liga Perdana England (EPL) dengan kedudukannya di liga terunggul England terancam.



Wolves pula berada di tangga kelapan, dan sedang bersaing bagi tempat di Eropah.



Namun malam ini, Newcastle bertandang ke Wolves dalam kedudukan lebih kukuh, di dalam dan luar padang.



Selepas mengelak kekalahan dalam tiga perlawana pertama, Newcastle kini menduduki tangga keenam dalam liga dan berpeluang mendaki lebih tinggi jika perlawanan mengikut 'form' dan ia mengutip semua tiga mata.



Sebaliknya, Wolves sedang meringkuk di tangga ke-18 liga dengan kutipan satu mata daripada tiga perlawanan pertama, terdesak mencipta kemenangan pertama di depan penyokong sendiri.



Tumpuan pengurusnya, Bruno Lage, pula terpaksa dibahagikan kepada perkembangan di luar padang, dengan berita tersebar luas dalam kalangan media Britain akan hasrat Arsenal memikat pemain sayap bertaraf bintang Pedro Neto supaya menyertainya sebelum tempoh pindahan pemain berakhir minggu depan.



Beliau terpaksa memimpin pasukannya menjejakkan kaki ke Stadium Molineux malam nanti untuk menentang Newcastle dan Eddie Howe yang kian berkeyakinan diri dan juga terdesak meraih kemenangan pertama.



"Buat masa ini, Neto tetap anggota pasukan kami dan saya masih mahukan beliau," kata Lage.



"Pada masa yang sama, kami juga perlu membuat persiapan yang mengambil kira setiap kemungkinan," kata Lage.



Berbeza dengan keadaan di Wolves, pemain Newcastle kini menunjukkan sifat amat fokus pada tugas yang ada dan sedang bermain seolah-olah setiap perlawanan adalah final.



Sebagai contoh, ia hampir mencetus keputusan mengejut semasa bertemu juara bertahan Manchester City minggu lalu, tetapi akhirnya terpaksa berpuas hati dengan satu mata, selepas City bangkit untuk mengikat jaringan selepas ketinggalan 1-3 di awal separuh masa kedua.



Dalam Piala Liga di Prenton Park awal minggu ini pula, Howe menggugurkan 10 pemain kesebelasan utama, termasuk tiga pemain bertaraf bintang seperti Joelinton, Bruno Guimaraes dan Sven Botman, yang dibeli dengan harga lebih £110 juta ($180 juta).



Namun, tiga pemain itu masih dibawa bersama kerana menurut Howe, semua pemainnya bermohon supaya mereka tidak dipecah-pecahkan kerana ingin membina momentum kemenangan dan ingin menyokong satu sama lain.



"Mereka enggan dipisahkan dan ingin memberi sokongan kepada pemain yang beraksi di padang," kata Eddie Howe



"Lebih penting lagi, saya inginkan pemain yang telah banyak beraksi musim ini untuk turun padang dan memberi sokongan kepada pemain yang kurang mendapat peluang di padang.



"Tiada rasa iri hati, tiada rasa cemburu. Sebaliknya kesemua pemain memberikan sokongan kepada pasukan."



Newcastle juga boleh berpandang ke hadapan dan menjangka pemain baru seperti tempoh pindahan pemain berakhir minggu depan.



Difahami pemain bintang asal Sweden, Alexander Isak akan menyertai pasukan yang dikenali dengan jersi jalur hitam putih itu selepas pemiliknya berjaya mencapai persetujuan dengan Real Sociedad untuk membelinya.



Keyakinan diri di Newcastle kini berada di tahap tertinggi sejak beberapa tahun dan Wolves mungkin perlu menanti lebih lama untuk meraih kemenangan pertama musim ini. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >