Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA CARABAO

Newcastle terpaksa turunkan penjaga gol pilihan keempat Loris Karius

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pengendali Newcastle Eddie Howe menggesa Loris Karius supaya "menulis semula kisah kerjayanya" sedang penjaga gol Jerman itu bersiap untuk penampilan kompetitif pertamanya selepas dua tahun, dalam perlawanan akhir Piala Liga menentang Manchester United Ahad ini.



Piala Liga kini dikenali sebagai Piala Carabao sempena nama penajanya.



Karius paling diingati kerana dua kesilapan besarnya yang menghadiahkan Real Madrid kemenangan 3-1 ke atas Liverpool pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018.



Kesilapan itu menjadi perlawanan terakhirnya bagi Reds apabila beliau dipinjamkan kepada Besiktas dan Union Berlin sebelum kontraknya di Anfield tamat hujung musim lalu.



Karius kemudian menyertai Newcastle September lalu tetapi masih belum beraksi bagi Magpies kerana beliau dianggap sebagai penjaga gol pilihan keempat Howe.



Namun, kad merah yang diperoleh Nick Pope dalam kekalahan 0-2 kepada Liverpool hujung minggu lalu bermakna pemain antarabangsa England itu digantung.



Timbalannya, Martin Dubravka, tidak boleh diturunkan kerana telah bermain bagi Manchester United semasa dipinjamkan kepada Red Devils awal musim ini, sementara Karl Darlow telah meninggalkan Newcastle untuk dipinjamkan kepada Hull.



"Ia akan menjadi peluang baik untuk dia menulis semula kisah kerjayanya," kata Howe mengenai peluang Karius menebus kesilapan lalunya.



"Sebaik sahaja ia berlaku, hampir seperti perasaan bahawa ada kisah lain dalam kerjaya Karius - halaman atau bab lain untuk ditulis dan siapa tahu bagaimana rupa bab itu?



"Itulah keindahan bola sepak. Kita sama sekali tidak tahu apa akan berlaku. Ketidakpastian inilah yang menjadikannya sesuatu yang menakjubkan untuk ditonton."



Howe berkata beliau telah menghubungi Karius apabila jelas bahawa beliau mungkin diturunkan di Wembley selepas Pope dibuang padang Sabtu lalu.



"Saya telah berbual dengan Loris pada malam Sabtu, saya berasa perlu berhubung dengannya dan bercakap bersamanya," tambah Howe.



"Dia hebat, sangat santai. Dia memang begitu, pemain yang sangat tenang." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >